AnyeongKiraLee!
Cerpen LOVE is CINTA
Tuesday, 22 January 2013 • 16:25 • 3 comments



OLEH : KIR@ LEE

“ Assalamualaikum. Ini Cik Cinta Amani ke?” sapa satu suara di talian.

“ Waalaikumsalam. Yer! Saya Cinta Amani. Kenapa?” soalku.
“ Baiklah. Cik Amani, saya dari Syarikat Waja Holding, sukacita ingin memaklumkan kepada Cik bahawa Cik telah diterima menjadi pekerja syarikat kami. Cik perlu melapor diri pada hari isnin ini pada pukul 9.00 pagi.”
“ Betul ke Cik? Terima kasih..terima kasih..terima kasih..Cik. Saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Ucapku teruja.
“ Ok. Saya tunggu kehadiran Cik Amani. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.”
Aku terloncat-loncat kegembiraan kerana aku sudah dapat kerja. Alhamdulillah. Nanti bolehlah aku kirim duit kat emak dan abah di kampung. Yahoo……aku dah dapat kerja. Ok..Cinta, sekarang kau dah dapat kerja. Jadi, kau perlu bekerja bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang tua kau. Kau bukannya datang dari keluarga yang senang.
“ Hoi! Mak cik, apa hal yang kau terloncat-loncat kat atas katil ni? Kalau roboh macamana?” ujar Ria.
“ Wei!! Kau cuba teka kenapa aku terloncat-loncat kat atas katil ni?” dugaku.
“ Kau menang loteri?”
“ Astagfirullah..kau giler. Haram tau..lain?”
“ Kau dah ada…boyfriend kaya yer?” teka Ria lagi.
“ Salah! Aku mana ada boyfriend la. Cuba kau tengok muka aku ni. Aku ni dah lah pakai kaca mata, tak pandai bergaya pulak tu. Mana la orang nak pandang aku.” jawabku.
“ Habis! Apa lagi? Kau cakap jer la..”
“ Aku..aku..dah dapat kerja!!!!!” bisikku pada telinganya.

“ Ish..mak cik ni. Perlahan-lahan la kalau nak beritahu aku. Sakit telinga aku. Wow…serius kau dah dapat kerja?”
“ Ye lah. Itu pasal la aku terloncat-loncat..”

“ A’ah…macam kera mendapat bunga” sambung Ria.

“ Eee..kau ni kan..suka main-main tau. Aku serius ni. Aku dah dapat kerja kat Syarikat Waja Holding. Isnin ni aku dah start kerja dah..”

“ Bestnya….kau dapat kerja kat salah sebuah syarikat terbesar kat negara kita ni.”

“ Alhamdulillah..”

“ Kau dah call mak kau ke pasal hal ni?”

“ Tu lah..aku nak call la ni tapi kau pulak yang masuk bilik aku..” usik ku.

“ Ok..lah Cik Cinta Amani. Baik kau call emak kau tentang berita gembira ni. Aku keluar dulu. Esok aku nak mengajar. Selamat malam.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Tuan! Sarapan sudah siap. Datin suruh turun ke bawah.” Panggil bibik di luar pintu.

“ Ok. Terima kasih.” Ucap Tengku Haiqal. Tengku Haiqal mengemaskan tali lehernya terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik tidurnya.

“ Good morning mama. Muahhhhh!!!” sapa Tengku Iqram sambil mengucup pipi mamanya. Memang sudah tabiat Tengku Iqram mengucup pipi mamanya setiap pagi kerana ingin bermanja dengan mamanya.

“ Morning.” Balas Datin Haleeda kepada anak keduanya.

“ Mama, abang belum turun lagi ker?”

“ Kejap lagi. Kamu kan tahu abang kamu tu, bersiap memang mangalahkan perempuan.” Tengku Iqram tertawa mendengarnya. Memang tidak dinafikan antara Haiqal dan dirinya memang berbeza. Abangnya sentiasa bernampilan kemas tetapi tidak dirinya yang sukakan penampilan yang santai.

“ Ehem…mengata abang ke?” Tengku Haiqal berdehem di belakang mama.

“ Kenapa? Tak boleh ke?” balas Tengku Iqram. Tengku Haiqal mengambil tempat duduk di bahagian tengah meja makan. Semenjak ayahnya meninggal 3 tahun yang lepas, Tengku Haiqal la yang mengambil alih perniagaan keluarga mereka.

“ Dah..jangan banyak cakap. Cepat makan sarapan tu. Nanti lewat pulak nak masuk kerja.” Ujar Tengku Haiqal serius.

“ Relax la bang.  Masih awal lagi ni.”

“ No! Angah kan hari ni first day masuk kerja. So, kena tunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Faham!”

“ Faham..” jawab Tengku Iqram perlahan. Memang tak boleh dibuat lawak la abangnya ni. Semenjak ayah meninggal, abangnya sudah mula berubah menjadi seorang yang serius. Kadang-kadang, Tengku Iqram pun takut hendak berbicara dengan abangnya.

“ Dah la tu Haiqal. Jangan bertegas sangat dengan adik kamu tu. Ok..cepatlah makan. Nanti lambat pulak masuk kerja.” Ujar Datin Haleeda

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Dengar kata, bos kita akan bawa adik lelakinya bekerja di syarikat kita ni?” ujar Siti pada Nana.

“ Yer..betul. Aku ada dengar cerita tu. Mereka cakap adik bos pun boleh tahan juga hansem. Lepas tu, ada khabar angin kata yang adik bos kita ni lebih peramah dari bos kita tu.”

“ Udah-udah ler kamu berdua bergosip tu..nanti bos sampai, kamu juga yang susah.”

“ Tak ada lah. Kita orang cuma curious sangat nak tengok adik lelaki bos kita tu. Tapi, kan Siti, aku lebih suka tengok bos kita tu walaupun selalu jer serius. Tapi, beruntungkan jadi mereka tu. Dahlah, hansem, kaya, berpelajaran pulak tu. Kalau la aku boleh  jadi girlfriend bos, alangkah bahagianya hidup aku..”

“ Berangan je la kau ni Nana. Kau boleh tahan ker kalau dapat pakwe yang serius macam tu? Nak buat lawak pun kena fikir du tiga kali kut kalau nak buat depan dia?”

Aku melangkah masuk ke bahagian pemasaran dengan tenang. Siti dan Nana berhenti berbual lalu mengalihkan pandangan mata mereka kepadaku. Mereka berdua menghadiahkan aku senyuman. Aku membalasnya. Tiba-tiba, ada seseorang berdehem di belakangku? Aku terus memandang ke belakang. Lelaki itu senyum padaku. Tetapi seorang lagi disisinya hanya menunjukkan riak wajah yang serius. Aku memberikan laluan kepada mereka berdua.

“ Nana, itu ker adik bos kita tu? Hansemnya…” puji Siti pada Nana.

“ Shhhh..jangan bising. Bos dah sampai.” Bisik Nana perlahan.

“ Selamat pagi tuan.” Ujar Siti dan Nana. Tengku Haiqal hanya memandang sekilas sahaja mereka berdua. Tengku Iqram membututi belakang abangnya. Tengku Iqram juga sempat menghadiahkan senyumannya yang manis hingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya kepada para pekerja.

Aku meneruskan langkahku ke arah dua orang perempuan itu untuk bertanya kepada mereka.

“ Assalamualaikum. Saya Cinta Amani binti Mohd Khalid. Saya datang nak melapor diri untuk jawatan Pembantu Pengurus Pemasaran di sini.” Ujarku.

“ Oh..awaklah Cik Cinta Amani yer. Mari, ikut saya berjumpa dengan Pengarah Urusan. Sila.” Ajak Nana pada aku.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Maaf tuan. Ini lagi seorang pekerja yang datang melapor diri sebagai pembantu Pengurus Pemasaran. Cik Cinta, sila duduk.” Ujar Nana.

“ Tuan, saya keluar dulu.”

Tengku Haiqal dan Tengku Iqram saling berpandangan antara satu sama lain. Aku pula rasa tak senang duduk bila berhadapan dengan dua orang lelaki yang baru ku temui.

“ Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik..?” ujar Tengku Haiqal.

“ Cik Cinta Amani!” jawabku.

“ Mulai hari ini, kamu berdua akan mula bekerja di Syarikat Waja Holding. Saya harap kamu berdua akan dapat bekerjasama dengan baik.”

“ Nana, masuk sekejap.” Arah Tengku Haiqal di talian.

“ Yer..tuan.”

“ Awak tolong bawa mereka berjumpa dengan staf-staf yang lain dan tunjukkan tempat kerja mereka.” Ujar Tengku Haiqal dengan serius.

Aku dan Tengku Iqram dibawa keluar oleh Nana untuk berkenalan dengan staf-staf yang lain. Tengku Iqram sempat menjeling seklias kepadaku sambil menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku naik seram pulak melihat lelaki ni yang dari tadi asyik senyum jer.

“ Ok…semua, minta perhatian! Hari ini kita ada dua orang pekerja baru. Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik Cinta Amani, sila perkenalkan diri kepada staf yang lain.” Ujar Nana ramah.

Aku dan Tengku Iqram saling berpandangan. Dalam hati bertanya, siapa la yang nak mulakan dulu. Kami berdua diam seketika.

“ Ehem..ehem..i think ladies should going first?” Tengku Iqram senyum sekali lagi kepadaku.

“ Er..er. Hai! Nama saya Cinta Amani Mohd Khalid. Boleh panggil saya Amanai. Saya masih baru lagi dalam bidang ni. Saya harap semua boleh beri tunjuk ajar pada saya.” Semua orang bertepuk tangan.

“ Ok..my turn. Saya Tengku Iqram Tengku Harith atau Iqram jer. Saya harap kita semua boleh bekerja dengan baik. Awak semua tak perlulah nak rasa segan dengan saya walaupun saya ni adik bos kamu. Anggap jer macam pekerja biasa. Saya pun masih baru lagi dalam pekerjaan ni.” Iqram sangat ramah melayan semua staf yang lain. Memang berbeza sekali dengan abangnya yang di dalam tu. Aku dibawa ke mejaku. Begitu juga dengan Ikram menuju ke mejanya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku dan Ria menunggu hidangan makan malam kami. Ria beria-ia sangat nak ajak aku keluar makan malam hari ni. Katanya..nak meraikan akulah sebab dah dapat kerja. Aku pun tak kisah sangat lah.

“ Cinta, so macamana dengan kerja? Ok?”

“ Well..right now..aku ok jer.”

“ Best la kau kan sekarang dah dapat kerja..nanti boleh la belanja aku..”usik Ria. Kami berdua ketawa.

“ Terima kasih..”ucap ku pada pelayan yang baru sahaja menghidangkan nasi goreng pattaya untuk kami berdua.

“ EH…Cinta, kau boleh ke kiri sedikir tak?”

“ Apa hal kau ni?”

“ Tak ada lah..aku dari tadi perasan yang dua orang lelaki kat belakang kau asyik pandang kita jer..kalau tak silap aku lar..”

“ Hah! Ok…kau relax. Biar aku cuba tengok..” aku pun menoleh ke belakang.

“ What?? Iqram!” sebutku. Iqram melambaikan tangannya ke arah ku.

“ Kau kenal ker lelaki tu?” soal Ria.

“ Yes…lelaki yang melambai-lambai tangan kat kita tu, nama dia Tengku Iqram. Sebelah..dia tu..abang dia yang serius tu la, Tengku Haiqal.” Jelasku.

“ Woo…both of them so hansome la..”puji Ria.

“ Memang la..tapi kau belum kenal lagi mereka tu. Si Iqram tu peramah sikit berbanding abang dia tu asyik berkerut je kat dalam ofis.” Tiba-tiba, Iqram berjalan menuju ke tempat ku.

“ Hai. Amani kan?” tanya Iqram yang kelihatan santai memakai baju t-shirt polo biru tua.

“ A’ah..Iqram kan!” balasku teragak-agak.

“ Tu lah..dari tadi saya perhatikan awak syok bercerita dengan kawan awak ni. Saya nak tegur tapi abang saya haling. Tapi, alang-alang kawan awak yang nampak saya tadi baik saya tegur kan!” ujarnya ramah.

“ Oh..yer ke. Kenalkan ini kawan saya Ria Melissa.”

“ Hai..panggil Ria je..”

“ Hai..saya Tengku Iqram. Panggil je Iqram. Kat sana tu abang saya Tengku Haiqal..tapi minta maaf la. Abang saya tu memang macam tu. Susah sikit nak bergaul dengan orang ni. Makan kat sini pun saya yang paksa..” Haiqal hanya melihat telatah adiknya itu bergaul mesra dengan pekerja barunya itu. Aku memang dah agak.

“ Oh..kalau macam tu saya tak nak ganggu korang berdua makan la. Tengok tu, muka abang saya dah macam singa daa..saya ke sana dulu yer.” Luah Iqram. Kami berdua hanya ketawa mendengarnya.

“ Ok.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Erm…Amani, Encik Haiqal nak awak hantar laporan pemasaran bulan untuk minggu ni sekarang.” Ujar Nana padaku.

“ Ok..terima kasih Nana.” Aku rasa berdebar-debar pulak nak jumpa bos aku ni. Dengar khabar, bos aku ni orangnya serius. Aku takut dia marah-marah aku pulak kalau aku ada buat salah. Aku ni memang lemah sikit bila kena marah. Memang aku cepat emo sangat ni. Harap-harap, laporan aku ni tak ada yang salah. Amin..

“ TUKK!!!”

“ Masuk!”

“ Ini dia laporannya.” Ucapku perlahan.

“ Duduk dulu. Saya nak periksa dulu laporan awak ni.” Sungguh aku rasa segan saat ni walaupun tidak menghadap mukanya. Rasa seram sejuk la. Aku tak berani nak tengok muka dia. Aku hanya memandang ke bawah.

“ Ehem…” Encik Haiqal berdehem membuatku aku tersentak.

“ Ya..Encik!” Buat pertama kalinya aku menghadap wajahnya begitu lama.

“ Awak tahu apa yang awak dah buat ni?” ujarnya dengan serius.

“ Err..saya buat laporan pemasaran untuk minggu ni, Encik.”

“ Tapi! Kenapa banyak sangat kesalahan ejaan! Awak tahu saya paling tak suka kalau ada pekerja yang boleh silap buat laporan hanya disebabkan kesalahan ejaan! Saya nak awak buat balik! Sampai saya berpuas hati!” Semakin tinggi suaranya. Aku rasa aku tidak dapat menahan air mataku untuk mengalir.

“ Saya minta maaf Encik! Saya akan buat semula.” Tanpa ku sedar, air mataku akhirnya jatuh juga. Encik Haiqal hanya memandang aku serius. Aku terus keluar dari biliknya dengan hati yang masih sedih.
Aku terus menuju ke mejaku. Aku mencari semula kesalahan ejaan yang dimaksudkannya itu. HAH! Memang banyak kesalahan ejaan yang aku dah buat ni..patut la aku kena marah free-free tadi.  Aku mengesat air mataku. Tengku Haiqal hanya memerhati Cinta melalui tingkap biliknya.

“ Eh..kenapa ni Amani? Kau menangis yer?” soal Iqram tiba-tiba.

“ Mana ada..ada habuk masuk tadi kat mata aku.” balasku.

“ Ala..kau jangan nak tipu aku la. Aku tahu mesti abang aku yang buat kau macam ni kan. Dia marah kau ke?”

“ Tak ada lah..dia cuma tegur kesilapan aku jer.”

“ Ye ker? Aku tak percaya la. Aku kenal sangat abang aku tu. Tak apa. Nanti aku cakap kat abang aku tu. Kau kena bersabar sikit dengan perangai abang aku. Aku minta maaf la yer sebab dia buat kau menangis.”

“ Eh..kan aku cakap aku tak menangis la. Aku rasa baik kau buat kerja kau. Aku kena siapkan laporan ni hari juga tau. Ok!”

“ Ok. Kau janganlah sedih. Kalau Amani sedih, aku pun sedih.” Aku terkejut mendengar kata-kata yang baru sahaja Iqram luahkan padaku sebentar tadi. Buat apa dia nak sedih-sedih.

Aku terus menaip laju laporan yang perlu aku siapkan. Mana taknya, sekarang dah pukul 4.50. Tinggal 10 minit jer lagi nak balik. Kalau tak siap, terpaksalah aku balik lambat pulak.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jam kini sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Kenapalah aku boleh salah buat laporan tadi? Kini tinggal aku seorang sahaja. Takut juga aku seorang-seorang kat sini. Aku mencetak laporan yang telah ku siapkan. Yes..aku boleh balik..aku segera menyusun kertas laporan itu mengikut muka suratnya. Aku mengemaskan barang-barangku yang berada di atas meja. Semua sudah siap. Aku melangkah ke bilik Encik Haiqal untuk meletakkan kertas laporan ini di mejanya. Aku tak perasan pulak yang dia dah balik. Erm..tak kisah lah. Yang penting aku dah siap.

Aku mengambil beg tanganku yang berada di kerusiku. Tiba-tiba, seseorang berdehem.

“ HAH! Dah siap ke laporan pemasaran tu?”

“ Encik Haiqal? Encik buat apa kat sini? Encik belum balik lagi?” soalku yang terkejut melihatnya. Aku tak tahu pulak yang dia ni belum balik. Takkanlah aku buat silap lagi.

“ Dah..saya dah letak kat meja Encik. Erm..Encik..kalau tak ada apa-apa, boleh saya balik dulu.” ucapku perlahan. Riak wajahnya masih serius seperti biasa.

“ Awak balik guna apa?” soalnya tiba-tiba.

“ Err..saya naik bas jer..takpun teksi.” Encik Haiqal terus mengunci bilik pejabatnya dan berjalan semula ke mejaku.

“ Saya rasa malam-malam macam ni, susah nak dapat bas atau teksi. Saya tumpangkan awak balik.”

“ Eh…tak payah lah Encik. Takut menyusahkan pulak. Saya dah biasa naik bas.”

“ Ek eleh..kau ni jual mahal la pulak Cinta. Dah terang-terang, Encik Haiqal nak hantar kau. Kau ingat kau berani sangat ke naik bas malam-malam macam ni?” omelku dalam hati.

“ Tak apa la kalau macam tu. Tapi, kalau ada hantu ke, peragut ke, saya tak tahu yer..” duga Haiqal. Sebenarnya, Haiqal berasa serba salah pada Cinta kerana disebabkan ingin menyiapkan laporan pemasaran, Cinta terpaksa pulang lambat. Dah lah dia tu perempuan. Takkan lah nak biarkan dia balik malam seorang-seoarang macam ni.

Haiqal meninggalkan Cinta seorang diri. Haiqal sengaja menakut-nakutkanya. Dia tahu Cinta tu sebenarnya takut. Aku rasa betul juga cakap Encik Haiqal tu. Kut-kut ada orang jahat ke nanti..

“ Encik Haiqal! Boleh tak saya tumpang Encik Haiqal!” dengan selamba aku berlari mendapatkan lengannya kerana ketakutan. Haiqal terkejut dengan tindakan Cinta terhadapnya. Mungkin takut sangat si Cinta ni. Haiqal mengukir senyuman kecil di bibirnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hari ni aku cuti..yahoo..boleh lah lepak kat rumah. Aku turun ke bawah menuju ke ruang tamu.

“ Eh…Cinta, hah…semalam kau balik, siapa hantar kau tu? Cantik kereta..” usik Ria sambil duduk di sebelahku.

“ Erm..tak ada siapa la..”

“ Eleh…dah ada pakwe tak nak kasi tahu. Ok…ok..”

“ Ish..minah ni kan..busy body betul la..”

“ Cepatlah…siapa yang hantar kau semalam?”

“ Bos aku..”

“ What? Bos kau? Maknanya abang si Iqram tu? Macamana pulak dia yang hantar kau?” Ria teruja untuk bertanya.

“ Ye lah…semalam aku kena siapkan laporan sampai lewat petang. Tu lah..aku pun tak tahu dia rupa-rupanya belum balik lagi. Dia yang nak tumpangkan aku. Mulanya, aku tak nak..tapi memandangkan hari dah malam, aku takut la nak naik bas. So, begitu la kisahnya.”

“ Oh….bestnya. Aku tak sangka pulak bos kau tu macam tu. Aku ingatkan dia serius 24 jam. Mungkin benar kata pepatah,  ‘tak kenal, maka tak cinta’, tak gitu Cik Cinta yer..” Ria ketawa.

“ Tak ada maknanya Cik Ria Oii…kau ni kan ratu drama betul..la..”

“ Well…tu memang cita-cita aku dulu tau..cuma tak kesampaian..tu la jadi cikgu jer. Alang-alang, hari ni hujung minggu, apa kata kita main bowling? Apa macam? Kalau kalah belanja makan?” ujar Ria.

“ Ok..aku on jer. Betul tau..kalau kalah kena belanja makan. Kau tahu aku ni siapa? Aku ni pernah wakil kat sekolah aku dulu tau..”

“ Oh…yer ker…kau lupa ker yang aku ni wakil kat universiti kita..” ujar Ria tidak mahu mengalah. Mereka sama tertawa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kami berdua melangkah ke Pusat Bowling. Erm…dah lama rasanya tak tunjuk skill main bowling ni. Ria..kau tunggu la..aku akan menang game bowling hari ini. Usai menukar kasut, kami berdua mencari tempat untuk bermain bowling.

“ Ok..Cinta. Hari ni kau yang akan belanja aku makan..hahaha”

“ We will see..Cik Ria…”balasku. Ria memulakan dahulu.

“ OK…OK…lurus….yeh..strike!!!” Ria menjerit gembira.

“ Woo….ok..kalau kau strike, aku pun boleh juga der..” aku mengambil bola bowling kegemaran ku yang berwarna pink. Aku melangkah ke depan.

“ You go girl!!” Ria bersorak.

“ YEHHHH!!! Aku pun strike la…mak cik!”

“ Wah..tak sangka terror juga kau ye Nenek!” balas Ria.

“ Ehem…ehem…hai!” sapa Iqram tiba-tiba. Kami berdua berpandangan serentak ke arah Iqram.

“ Iqram! Awak buat apa kat sini?” soalku.

“ Apa lagi, main bowling macam korang la juga. Saya tengok kamu dari jauh..happy sangat sampai tak perasan saya kat sini.”

“ Oh..yer ke..awak seorang jer?” soal Ria pulak. Aku terus mencubit lengan Ria. Aku tahu Ria sengaja bertanya begitu. Takkanlah, Encik Haiqal tu nak ke tempat yang banyak orang ni. Mustahil..

“ Nope! I’m with my brother.”

“ Really!” ujar Ria. Aku pun terkejut juga. Tapi, mana abang dia? Eh..apasal pulak kau ni Cinta nak cari abang dia tu? Takkan kau dah angau kat dia?

“ Yah..abang saya tengah bayar kat kaunter Bowling tu. Kejap lagi dia datang. Mesti korang tak percaya kan. I know. Well, abang saya kalah main game dengan saya. So, hukumannya kena temankan saya main bowling la hari ini.”

“ Korang main game apa?”

“ Ala…game PS jer..” Ria dan Iqram ketawa. Tanpa sedar, bahu Iqram ditepuk dari belakang.

“ Oh…gelakkan aku la tu. Ambik kasut ni!” ujarnya serius.

“ Hai!” Ria memberanikan diri untuk menegur Haiqal. Haiqal agak terkejut. Haiqal tidak menyedari kehadiran Cinta di situ. Fikirnya, adiknya sedang menegur rakan-rakan biasanya. Haiqal pura-pura berlagak tenang.

“ Hemm..” jawab Haiqal yang serius seperti biasa.

“ Abang, apa kata kita main bowling sama-sama dengan dorang?”

“ Hah! Tak payah! Kau main jer dengan aku. Tak payah nak menyusahkan orang.”

“ Eh..eh..mana ada. Jom lah main sama-sama. Kita main berpasangan la yer. Ok tak?” ujar Ria tiba. Aku masih diam dari tadi. Malu untuk berhadapan dengan Encik Haiqal. Aku masih malu sebab semalam aku terpegang lengan dia…

“ Ok. Saya setuju. Abang dengan Ria. Saya dengan Amani.” Cadang Iqram. Aku dan Haiqal berpandangan.

“ Ok tak?” soal Ria padaku.

“ Hah! Ok…ok..” jawabku perlahan. Giler ker aku nak berpasangan dengan Encik Haiqal. Buat malu aku jer lagi sekali kang..

“ Abang pulak?” soal Iqram.

“ OK.”

“ Kalau macam tu, pasangan mana yang kalah, kena belanja makan. Deal!” semua orang bersetuju dengan cadangan Ria. Aku berpindah ke tempat Iqram. Manakala Ria berpindah ke tempat Haiqal.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wah…aku tak sangka pulak Encik Haiqal ni jaguh main bowling. Kalau macam ni, boleh kalah aku dengan Iqram ni. Sekarang ni, aku dan Iqram ketinggalan 10 mata dibelakang Ria dan Encik Haiqal. Tak boleh jadi ni. Kini, giliran aku dan Encik Haiqal untuk bermain bowling. Aku harap kali ni aku dapat strike la..tolong…tolong aku yer…my pink ball..

“ Amani! Awak boleh!” ujar Iqram yang memberi kata semangat padaku. Aku hanya senyum kepadanya. Encik Haiqal masih serius seperti biasa. Bila lah agaknya aku boleh nampak dia senyum? Eh…kenapa pulak aku ni? Tiba-tiba, Encik Haiqal menoleh. Aku terus pandang ke depan. Memang tak boleh aku berdepan dengan Encik Haiqal ni.

“ Go..go..Encik Haiqal! Kalahkan Cinta!” usik Ria. Ish…Ria ni kan sengaja buat aku hilang fokus. Ok..relax Cinta. Sekarang kau kena tumpukan lorong bowling kat depan kau ni. STRIKE…STRIKE…STRIKE…..aku dan Encik Haiqal serentak  membaling bowling ke depan.

“OK…OK…OK…terus…dan….Yehh!!!! Strike!!” jeritku.

“ Yer!! Awak strike! Dapat juga awak strike yer Cik Cinta..” ujar Encik Haiqal. Aku terkejut. Kenapa pulak suara Encik Haiqal ni dekat sangat kat aku. Aku menoleh ke kiri.

“ MAKKKKKK!!!!!” Malunya….kenapa la aku boleh pegang lengan dia pulak. Tentu Encik Haiqal fikir aku ni yang bukan-bukan nanti. Tu..lah..kau Cinta, nak gembira tak tengok sekeliling. Aku tertunduk malu. Dan..yang paling aku tak percaya..aku rasa Encik Haiqal menyebut nama aku dengan panggilan Cinta. Paling gempak lagi..itulah kali pertama dia sebut nama aku dan senyum. Is it true??? Aku segera melepaskan pautan tanganku dari lengan Encik Haiqal.

“ Errr..ma..maaf Encik Haiqal. Saya tak sengaja. Saya cuma terlalu gembira..”

“ Hem..” Itu sahaja darinya. La..serius semula ker..

“ Amani!! Awak hebat la..” tiba-tiba Iqram mencelah.

“ Ah..terima kasih. Biasa jer tu..” Iqram menyembunyikan rasa kecewanya bila Amani telah memegang lengan abangnya. Sebenarnya, Iqram menyimpan perasaan terhadap Amani sejak kali pertama berjumpa dengannya. Namun, Iqram hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Iqram tidak berani untuk meluahkan perasaannya pada Amani kerana Amani baru berkenalan dengannya.

“ Saya tak sangka pulak abang ni hebat main bowling. Ingatkan, abang ni terror menghadap computer pejabat jer..” usik Iqram. Iqram berasa sedikit cemburu bila melihat kemesraan Amani bersama abangnya di depan matanya. Sejujurnya, Iqram pertama kali melihat abangnya tersenyum mesra. Kalau sebelum ini, susah sekali hendak dilihat abangnya itu untuk senyum. Jika senyum pun..hanya senyuman yang dipaksa sahaja.

“ Biasa jer.” Jawabnya pendek.

“ Cinta! Nampaknya, team kau dah kalah. So, kenalah belanja la kitaorang. Ok!” ucap Ria yang ceria.

“ Eee…mak cik ni! Tak sabar-sabar betul la. Ye lah..ye lah..”

“ Wait..wait…biar saya yang belanja.” Iqram menawarkan dirinya.

“ Eh…tak apa la. Biar saya jer.” Ucapku.

“ Eh..mana boleh pempuan yang bayar..”balas Iqram.

“ Macam ni lah. Apa kata kita kongsi bayar. Saya bayar bahagian Ria dan awak bayar bahagian Encik Haiqal. Macamana? Ok tak?” soalku.

“ Baiklah…kalau macam tu. Saya ikut cakap awak.” Iqram senyum kepadaku. Aku pula terasa malu. Haiqal hanya memerhati secara rahsia kepada Amani.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Abang..angah nak cakap sikit dengan abang. Boleh tak?” Iqram menyapa abangnya yang sedang menghadap lap topnya.

“ Ehm..tentang apa?”

“ Bang, saya nak minta pendapat abang?”

“ Pendapat?”

“ Well..look..angah rasa kan angah dah fall in love!” luah Iqram yang teruja kepada abangnya. Haiqal yang mulanya tidak mengambil peduli dengan adiknya itu tiba-tiba berminat untuk mendengar luahan adiknya sebentar tadi.

“ Dengan siapa?”

“ Cinta Amani!” Haiqal ternyata terkejut dengan apa yang yang baru didengarnya sebentar tadi.

“ Hemmm..” ucap Haiqal.

“ Hemmm…ajer..macam tak ikhlas jer?” Iqram sebenarnya hendak menguji perasaan abangnya itu terhadap Amani. Kerana..semenjak kebelakangan ini, Iqram dapat merasakan ada sesuatu di antara abangnya dengan Amani.

“ So, nak cakap apa pulak? Dah lah…abang dah mengantuk ni. Abang nak tidur. Pergilah keluar….” Haiqal menarik selimutnya untuk menutup mukanya.

“ Ye lah….baru luah sikit..dah mengantuk. Tak syok la abang ni..macamana nak ada girlfriend!!” sengaja Iqram menekan perkataan ‘Girlfriend’ kepada abangnya.

“ Jangan lupa tutup lampu!” arahnya sebelum Iqram menapak keluar. Iqram hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu. Tak apa. Yang penting, Iqram sudah meluahkan perasaannya pada abangnya supaya abangnya itu tahu bahawa dia suka pada Amani. Iqram dapat merasakan yang abangnya juga suka kepada Amani cuma abangnya itu terlalu ego untuk meluahkannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Hai..Amani, jom kita lunch sama-sama!” ajak Iqram. Sudah banyak kali aku menolak pelawaannya. Nak tak nak terpaksalah aku bersetuju. Aku dan Iqram masuk ke dalam cafeteria yang tidak jauh dari bangunan syarikat kami.

“ Hemm…susah betul nak ajak awak keluar makan dengan saya ni. But, I still like you.” Luah Iqram tiba-tiba.

“ Apa yang awak cakap ni? Stop joking!” aku tahu Iqram cuba untuk meluahkan perasaannya kepadaku. Namun, entah kenapa hatiku lebih tertarik kepada Encik Haiqal. Saat Encik Haiqal memanggil namaku dengan Cinta terasa begitu indah sekali. Ahhh….itu semua perasaan aku saja. Mana la Encik Haiqal nak pandang aku yang ni. Dah lah pakai kaca mata. Lagipun, aku ni siapalah sangat. Encik Haiqal tu kerabat diraja pulak tu. Memang mustahil..

“ Awak rasa saya tengah bergurau ke?”

“ Maybe…”

“ See…awak sendiri pun tak pasti.”

…………………

“ Terima kasih kerana sudi menerima cadangan daripada pihak kami. Syarikat kami tak akan menghampakan pihak Tan Sri.” Ujar Haiqal.

“ Baiklah, kalau macam tu, saya terpaksa beredar dulu sebab isteri saya baru jer telefon.”

“ Oh…ok. Saya pun nak beredar juga. Mari.” Ajak Haiqal.

“ Kamu pun..cuba-cubalah cari isteri. Kamu tu pun pun bukannya muda lagi.” usik Tan Sri Hashim.

“ InsyAllah..kalau ada jodoh, tak ke mana.”

“ Ye..lah tu.” Haiqal mengiringi keluar dari bilik khas cafeteria setelah selesai berbincang.

Rasa kekok pulak bila makan berdua dengan Iqram ni. Kalau dengan Encik Haiqal, tak adalah kekok sangat walaupun nampak jer serius. Entah kenapa walaupun Encik Haiqal bersikap begitu, namun aku masih rasa selesa. Aku memandang ke sekeliling cafeteria. Tiba-tiba…aku dan Encik Haiqal saling memandang. Nak senyum ke tak ni? Tanpa sedar aku menguntum senyuman kepada Encik Haiqal.

“ Amani…Amani..Hello..” sapa Iqram.  Encik Haiqal terus berlalu pergi.

“ Yer…yer..kenapa?”

“ Awak tengok apa tu?”

“ Ehm..tak ada apa-apa. Jom gerak sekarang.” Aku mengajak Iqram. Aku rasa tidak senang hati pula bila melihat Encik Haiqal berlalu pergi begitu sahaja. Dia marah ke? Eh..kenapa pulak dia nak marah? Kau ni perasan betul la..Cinta.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Laaa...dah malam rupanya. Aku tak perasan pulak. Aku mengemaskan barang-barangku masuk ke dalam beg tanganku. Aku menuju masuk ke dalam lif. Usai sampai di tingkat bawah, aku keluar dari lif dan terus keluar. Aku berjalan menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah kereta Nissan Teana berhenti didepan ku. Aku rasa aku kenal kereta ni. Ini kereta Encik Haiqal. Tapi, apa yang Encik Haiqal buat kat sini.
Encik Haiqal keluar dari perut keretanya. Aku berlagak tenang.

“ Assalamualaikum. Masih tunggu bas ke?” sapanya lembut. Eh..lain macam je bunyi.

“ Waalaikumsalam..Encik Haiqal buat apa kat sini?”

“ Ada barang tertinggal kat ofis tadi. Jadi, saya datang nak ambil balik la. Jom..saya hantarkan awak balik. Awak tak takut ker?”

“ Encik Haiqal janganlah takutkan saya.”

“ Dengar cakap saya. Cinta..mari saya hantar awak pulang.” Sekali lagi Haiqal bersuara lembut.

“ Apa…apa..kenapa Encik Haiqal panggil saya Cinta.”

“ Kenapa? Tak boleh ke? Itukan nama awak juga kan?”

“ Memanglah..tapi panggilan nama Cinta tu hanya untuk orang yang rapat dengan saya jer.”

“ Oh..yer ke? Tapi..saya tetap juga nak panggil awak dengan panggilan CINTA..sebab..hati saya sudah diketuk oleh seorang gadis.“ Encik Haiqal ni saja nak permainkan saya kan!”

“ Awak sudi tak nak keluar makan malam dengan saya?” soal Haiqal.

“ Hah!! Encik serius ke?”

“ Selama ni awak pernah nampak saya main-main ke?” Aku hanya tersengih. Betul ke Encik Haiqal ni suka aku? Aku memanglah suka dia tapi aku tak sangka pulak Encik Haiqal pun suka aku. Yer la…Encik Haiqal selalu marah-marah aku bila aku buat kesalahan walaupun kesalahan tu kecik. Berkira sangat. Setuju ke tak? Baik aku setuju. Mungkin ini satu-satunya peluang untuk aku meluahkan perasaan pada Encik Haiqal. Tak kisahlah dia terima ke tak. Yang penting aku akan luahkan isi hati aku yang sebenarnya.

“ Ok..tapi bila?”

“ Esok…” balasnya. Kami berdua tersenyum.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“ Cinta….cinta hati kau dah datang?” usik Ria.

“ EH…..tak payah nak cinta hati sangat la. Kita belum lagi bercinta tau.” Balasku. Ria ketawa.

“ Tak apa..aku doakan malam ni akan berlaku sesuatu yang indah untuk kawan aku ni. Amina.” Ujar Ria.

“ Ok..lah. Aku keluar dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam..elok-elok keluar tu. Jangan balik lewat tau.”

“ Ok..mak cik!” usikku. Aku berjalan menuju ke kereta Encik Haiqal. Hem…nampak segak pula Encik Haiqal malam ni yang sedang bersandar di tepi keretanya.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam, Cinta.” Aku hanya senyum padanya. Encik Haiqal membukakan pintu keretanya untukkku. Aku melambaikan tangan pada Ria.

“ Awak nampak cantik malam ni..”puji Haiqal.

“ Terima kasih. Awak pun nampak kacak malam ni.” balasku. Haiqal tersenyum. Fuhhh…sekali lagi aku nampak dia senyum. Hansemnya…memang tak lena la aku tidur malam ni.
Haiqal memakirkan keretanya di depan Hotel Grand Dorsett. Aku terpaku seketika. Biar betul dia nak bawa makan dengan aku kat sini. Segan pulak.

“ Cinta..mari.” ajaknya lembut. Ni yang aku lemah ni bila tengok dia cakap macam tu. Kalau kat ofis tak pulak macam tu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Haiqal menarikkan kerusi untuk aku duduk. Aku hanya membiarkan sahaja. Terasa lain macam pula nak makan kat restoran mewah ni. Haiqal melabuhkan punggungnya untuk duduk berhadapan dengan ku.
“ Encik Haiqal..kenapa tak beritahu saya yang kita nak makan kat hotel?”

“ Surprise for you..”

“ Surprise?”

“ Yes..tonight I have something to tell you.” Dia senyum lagi kepadaku. Haiii…dia pun dah kena jangkitan adiknya tu ke yang selalu senyum. Tiba-tiba, pelayan datang untuk mengambil pesanan. Aku mengikut apa sahaja yang dipesan Encik Haiqal.

“ Cinta…sebelum tu saya nak awak tukar panggilan awak kepada saya tu. Just call me Haiqal. Kalau nak sweet lagi..panggil abang.” Usik Haiqal.

“ Eee…tak malu. Ye..lah..Haiqal. Ok?”

“ Ehm…kurang ok. Lebih ok kalau panggil abang..” Haiqal ketawa.

“ Tak nak….” perbualan kami terhenti seketika disebabkan pelayan tadi menghantar hidangan makanan.

“ Tak apa. Bila Cinta kahwin dengan saya nanti…kenalah panggil la abang.” Kenapa pulak si Haiqal ni lain macam malam ni. Macam tak sesuai pulak perwatakkan dia malam ni kalau nak dibandingkan waktu kat ofis. Tiba-tiba, Haiqal memanggil seorang pelayan dan membisikkan sesuatu ke telinganya.

“ Awak bisik apa pada pelayan tu?”

“ Adalah…surprise..” Haiqal mengangguk kepada pelayan itu menandakan tanda setuju. Haiqal sebenarnya ingin meluahkan perasaannya pada malam ini dengan diirngi oleh gesekan biola yang romantis.

“ Cinta…saya ada sesuatu nak beritahu awak.” Aku tiba-tiba berdebar saat melihat pandangan matanya.

“ Sejak kali pertama aku melihatmu, hatiku telah diketuk oleh cintamu…Cinta Amani. This song is for you..” Pelayan itu menyerahkan michrophone kepada Haiqal. Aku seakan-akan terbuai mendengar alunan suara yang persis Afgan dari Haiqal. Huwaa…..memang tak tidur lena la aku malam ni. Aku tak sangka pulak dia boleh jadi seromantis ini.
Kali ini ku sadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini ku lakukan
Karena kamu memang untukku
Haiqal melutut di depanku sambil menghadiahkan aku sejambak bunga ros berwarna merah. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.
“ Tengku Haiqal…saya terima cinta awak dengan sepenuh hati kerana hatiku juga telah diketuk oleh awak. Thanks for you’s surprise..i really love it and pandai awak nyanyi.” Luahku.

“ YEHHHH!!!! Thanks Cinta…I’m really happy.”

“ But! Saya nak tanya awak sesuatu dulu.” Haiqal kembali semula ke kerusinya dan menghadapku.

“ Apa dia?”

“ Saya nak tanya kenapa kalau kat dalam ofis awak selalu marah-marah kiter?” aku pura-pura membuat muka marah kepadanya. Selalunya kalau dalam ofis dia yang selalu marah aku. Biarlah kali ni aku pula yang uji dia.

“ Oh…pasal tu. Actually, saya saja jer marah awak sebab nak awak ingatkan saya selalu. Mesti awak ingatkan saya..lepas tu rindu saya.”

“ Ish….perasannya.”

“ Tapi..ada kan? Awak mesti ingat saya kan?”

“ Yer..” balasku. Kami berdua tertawa bersama. Tanpa sedar, sepasang mata telah menyaksikan pasangan yang asyik bercinta di depannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Iqram berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Iqram tidak puas hati dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Datin Haleeda naik pening melihat anak bongsunya ini berjalan ke sana ke sini tak tentu arah. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran anaknya. Datin Haeeda hanya mendiamkan diri saja. Pintu rumah dibuka.

“ Assalamualaikum.” Haiqal menyalam tangan mamanya.

“ Waalaikumsalam. Nampak happy je anak mama ni?”

“ Of course la…” jawab Haiqal yang berwajah ceria. Sakit hati Iqram bila melihat abangnya itu. Haiqal duduk di sebelah mamanya. Sementara, Iqram masih berjalan mundar-mandir. Langkah Iqram berhenti tepat di depan abangnya.

“ Abang! Betul ker abang bercinta dengan Amani?” soal Iqram kasar.

“ Iqram…abang akan jelaskan hal tu. Duduk dulu.” Haiqal faham kenapa adiknya itu bersikap begitu. Iqram juga menyukai Cinta tapi hanya sebagai kawan. Iqram tidak tahu akan hal itu.

“ Apa yang kamu berdua bualkan ni?” soal Datin Haleeda yang risau melihat anak-anaknya ini.

“ Mama..tak perlu risau. Biar Haiqal ceritakan semuanya.”

“ Iqram..yer abang mengaku abang bercinta dengan dia..abang tahu kamu mesti marah dengan abang. Tapi, abang nak Iqram faham yang abang betul-betul cintakan Cinta.”

“ Hah! Cinta! Heh..abangkan tahu yang Iq sukakan dia dulu!”

“ Abang tahu..tapi..Iq cinta ni tak boleh dipaksa. Abang sebenarnya sudah lama suka pada Cinta sejak Cinta pertama kali datang ke syarikat kita.”

“ Bohong! Habis tu..kenapa abang selalu marah-marah Amani..sampai buat dia menangis!”

“ Abang buat tu semua sebab abang nak dapatkan perhatian dia. Abang dah mula sukakan dia cuma abang tak nak tunjukkan depan kamu. Bila kamu beritahu yang kamupun sukakan Cinta, abang kecewa.  Jadi..abang cuba pendamkan. Tapi, bila abang nampak kamu keluar makan lunch bersama hari tu, hati abang rasa cemburu. Abang tak dapat nak pendamkan lagi. Abang pun buat keputusan untuk meluahkan perasaan abang kepada Cinta. Alhamdulillah..Cinta dah  terima cinta abang. Abang nak minta maaf pada kamu, Iq.

“ Iq..tak percaya! Iq nak jumpa Amani sekarang!” Iqram segera keluar dari rumah.

“ Pergi kejar dia, Haiqal!” ujar Datin Haleeda.

“ Biarkan dia ma. Cinta akan jelaskan semuanya kepada Iq nanti. Mama jangan risau.”

“ Haiqal..kenapa boleh jadi macam ni? Kamu pun fahamkan yang adik kamu tu hati dia tu cepat sensitif. Mama tak kisah kamu nak bercinta dengan siapa tapi mama harap kamu dapat berbaik dengan Iqram semula. Mama tak suka kalau anak-anak mama ni bergaduh.

“ Haiqal akan cuba ma. Mama pergilah naik berehat dulu.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ TINGGGG!!!” Ria melihat di sebalik tingkap.

“ Siapa pulak yang datang malam-malam ni?” soal Ria dalam hati.

“ Ria..siapa kat luar tu?” ujarku.

“ Entah..jom kita sama-sama tengok.” Kami berdua keluar untuk melihatnya.

Alangkahnya terkejutnya aku. Iqram? Buat apa dia datang ke sini malam-malam macam ni? Tapi..kenapa aku tengok si Iqram ni lain macam jer malam ni. Selalunya…bukan main senyum lagi.

“ Iqram! Ada apa datang lewat malam ni?” soalku.

“ Saya nak tanya sesuatu pada awak. Betul ke awak sedang bercinta dengan abang saya?”

“ Yer..saya bercinta dengan abang awak.” Ucapku tenang. Takut juga aku kalau-kalau si Iqram ni buat hal.

“ Tapi..kenapa? Kenapa awak pilih abang saya? Awak kan tahu saya yang suka awak dulu..”

“ Iqram..cinta saya pada abang awak. Saya memang suka awak tapi saya anggap awak sebagai kawan saya. Tak lebih dari tu. Saya tahu yang selam ni awak cuba luahkan perasaan awak kepada saya tapi soal hati dan perasaan ni bukannya main-main. Iqram..saya nak awak tahu yang saya memang  betul-betul cintakan abang awak. Saya harap awak ikhlas menerima saya sebagai teman wanita kepada abang awak.” Iqram terdiam mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Amani. Kata-katanya membuatkan Iqram sedar semula ke dalam realiti.

“ Saya…saya…minta maaf Amani. Saya sedar yang saya dah buat silap pada awak dan pada abang saya juga. Betul kata awak. Soal hati dan perasaan ini bukannya perkara main-main. Saya akan cuba buang perasaan saya pada awak. Saya harap awak sudi maafkan saya."

“ Saya maafkan awak Iqram. Kita masih kawan kan?”

“ Yer..yer..i’m still you’r friend. Kalau abang saya ada buat hal, awak just tell me. Saya harap sangat awak dapat bahagiakan abang saya. Awak memang sesuai bersama abang saya. Sejak awak muncul dalam hidup dia, abang saya dah boleh bergurau senda dengan keluarga saya. Saya berterima kasih dengan awak."

“ Itu semua kehendak abang awak yang nak berubah. Saya pun harap keluarga awak akan dapat terima saya seadanya.”

“ Baiklah..kalau macam tu, saya balik dulu. Saya nak minta maaf kat abang saya pulak.” Iqram senyum. Aku dan Ria juga turut membalasnya dan melihat Iqram berlalu pergi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ENAM BULAN KEMUDIAN….

“ Aku terima nikahnya Cinta Amani binti Mohd Khalid dengan mas kahwinnya sebanyak RM 2000 tunai.” Dengan sekali lafaz aku telah menjadi milik Tengku Haiqal.

Haiqal menyarungkan cincin ke jari ku dan mengucup dahiku untuk majlis membatalkan air sembahyang. Aku sangat gembira kerana hubungan ku dengan Haiqal dapat diterima baik oleh mamanya dan juga Iqram.

“ Cinta…kenapa menangis ni?”

“ Cinta bahagia..la.”

“ Hemm..i think you forget something?”

“ Apa?” soalku.

“ Abang…” jawabnya.

“ Ish…tak malu. Baiklah…abang. Ok?” ucapku. Haiqal mengukir senyuman dan mengucup lembut tanganku.

“ Yehhh!!!! Cinta dah panggil abang!!!” Semua orang ketawa melihat telatah Haiqal. Baru je aku sebut abang, dah meloncat-loncat.

“ Abang…malu kat orang..”

“ Tak apa. Because my ‘Love is Cinta Amani’.

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar di majlis pernikahanku. Itulah..cinta itu ada manisnya, ada pahitnya, ada sukanya, ada dukanya. Pendek kata macam-macam ada. Cinta akan bertandang bila hati kita telah diketuk oleh seseorang sama ada kita menyedarinya atau tidak. Apapun..aku memang bahagia sangat sebab dapat bersama dengan insan yang mencintai aku. Iqram pun dah da[at penggantinya. Korang mesti tak percaya..guess what? Iqram sekarang ni dah bertunang dengan Ria. Aku pun mulanya terkejut juga. Ye lah..tak sangka yang Iqram ni akan jadi tunang kepada kawan baik aku ni. Itulah..jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat, pasti akan tiba juga.




TAMAT.

( Ini adalah cerpen saya yang ketujuh. Agak susah juga nak cari idea untuk menghasilkan sebuah cerpen yang romantik ni. Ye lah..saya ni bukanlah orang yang romantik. Cuma cedok lirik-lirik lagu yang sweet saja. Apapun..selamat membaca dan silalah komen. Nantikan cerpen saya yang akan datang.)





PASTFUTURE
Cik Blogger
Bonjour! Welcome to Kira_Lee Blog!"To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe." - Anatole France

TALKIE TALKING



" Put your cbox "

FOLLOW?




BLOG ARCHIVE;

  • KOLEKSI CERPEN Kir@ Lee
  • Cerpen CINDARELLA KAMPUNG & ENCIK PLAYBOY
  • My Class PHOTOSHOOT
  • Pertandingan Mereka Cover E-novel??
  • Holiday-Holiday 2012
  • Holiday-Holiday 2012
  • Holiday In Kota Kinabalu, Sabah 22 Dec-26 Dec 2012...
  • Cerpen I'M OFFICIALLY MISSING YOU
  • Cerpen HELLO MISS BLACK! BOLEH BERKENALAN
  • Cerpen ADUHAI! CIK PUTERI DINGIN

  • CREDIT SECTION



    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by: Izyanyancinnamon
    Owner blog: Your name
    Re-edit: Safira & Mayar
    Others:(♥♥)

    Remember!! dont remove this section!!