AnyeongKiraLee!
Novel DATING KONTRAK! 5
Sunday, 17 March 2013 • 14:14 • 2 comments



OLEH: KIR@ LEE

BAB 5

“ ASSALAMUALAIKUM.  Aku perempuan yang tempoh hari tu langgar kau. Ingat tak? Aku just nak remind je. Ok, aku nak bagitau ni yang aku dah pun baiki telefon bimbit kau tu. So, bila kita boleh jumpa?” aku menunggu jawapannya.

Qhaliff tersenyum. Boleh tahan juga mulut manis ‘MINAH BERTUDUNG’ ni? Macamlah Qhaliff tidak kenal nombor telefon yang tertera di dada skrin telefon bimbit ini sekarang. Sudah sah-sah ini nombor telefonnya. Idea nakal Qhaliff mula bermain dimindanya.

“ Ehemm…waalaikumsalam. Aku ni belum tua lagi la. Mestilah aku ingat. Kalau macam tu dengar baik-baik, aku cuma cakap sekali saja. No repeat!” ujar Qhaliff tegas.

Ishh…mamat ni sempat lagi nak main-mainkan aku! Menyampahnya! Mamat ni memang banyak songeh betul. Mesti anak emak? Bisikku di dalam hati. Aku masih menunggu jawapannya. Entah apa la yang difikirkan mamat berlagak ni?

“ Jumpa aku esok di Full House Café, jam 1.00 petang! Jangan lambat! Aku tak suka menunggu dan kalau lambat satu minit, ucap selamat tinggal pada telefon bimbit ‘kalkulator’ kau ni! Titik! Assalamualaikum.” Qhaliff terus memutuskan talian dan ketawa seorang diri di pejabatnya. Tanpa sedar, gelagatnya itu sedang diperhatikan dari luar oleh seseorang.


“ Hello!! Hello!!” jerit Anith kecil sambil mengepal i-Phone milik mamat ‘Lee Min Ho’.

Aku menghempas-hempas stereng kereta berkali-kali tanda geram dengan sikap kebudak- budakan mamat ‘Lee Min Ho’ ni. Arghhh….aku rasa macam ringan je tangan aku ni nak baling terus keluar telefon bimbit mamat ni. Rasa menyesal pulak aku call dia tadi.

“ Kenapa ni, Anith? Apa mamat tu cakap?” soal Diana yang hairan melihat reaksi Anith yang menghempas-hempas stereng kereta.

“ Mamat tu memang suka cari gaduh betul! Kau tahu tak apa dia cakap dengan aku tadi? Boleh-boleh dia ejek telefon bimbit Samsung Galaxy Note aku macam ‘kalkulator’. Banyak manis mulut dia? Suka hati dia je nak kutuk telefon kesayangan aku.” Luah Anith yang tidak puas hati dengan sikap mamat ‘Lee Min Ho’.

Barulah, Diana mengerti sekarang sebab Anith naik angin. Mungkin bila-bila masa saja kawannya ini boleh berubah menjadi ‘Incredible Hulk’ versi perempuan.

“ Boleh tahan juga mulut mamat tu. Dahlah…kau tak payah nak fikir-fikir lagi fasal mamat tu. Jomlah, kita balik.” Ajak Diana.

Anith mengangguk tanda bersetuju. Betul cakap Diana. Buat apa aku nak fikir tentang mamat tak betul tu! Anith cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum memandu keluar dari lot parkir. Dalam hati Anith, tak sabar nak jumpa dengan mamat yang berlagak bagus, ego, tak matang langsung! Benci!!!!!

…………………………………………………………..

            Qhaliff tak henti-henti tersenyum sepanjang masa di dalam pejabat. Telefon bimbit milik ‘MINAH BERTUDUNG’ itu ditatapnya. Lucu pula mengenangkan suara perempuan tu tadi. Mesti dia tengah bengang sekarang ni.

Pintu bilik pejabat Qhaliff tiba-tiba dikuak kasar. Qhaliff tersentak seketika melihat gerangan yang sedang berada di depannya kini. Haiii…minah ni lagi! Apa hal pulak minah ni datang time-time macam ni. Buat aku hilang mood je nak bekerja.

“ Maaf Tuan. Saya tak sempat nak…” ucap Farah perlahan, setiausaha kepada Qhaliff.

“ Takpe, Farah. Saya faham. Awak boleh keluar dulu.” Balas Qhaliff.

Ellysa tersenyum sinis melihat kelibat setiausaha Qhaliff yang keluar dari pejabat Qhaliff. Ellysa menjeling tajam kepada Farah.

“Huh! Ada hati nak halang aku? Sedarlah diri sikit! Aku ni bakal isteri kepada Qhaliff Ezham, CEO Golden Hotel. Kau tu siapa? Cuma setiausaha!” ucap sinis Ellysa kepada Farah tanpa ada perasaan kesal langsung.

Ellysa kemudian mendekati meja Qhaliff dengan langkahnya yang menggoda. Goyang sana..goyang sini. Huhh!!! Seksa Qhaliff melihatnya. Dasar ‘MINAH GEDIK’.

Ellysa melabuhkan punggungnya di kerusi dengan gayanya yang seksi. Renungan yang menggoda dihadiahkan buat Qhaliff yang berada di depannya. Qhaliff cukup meluat dengan aksi-aksi kucing dari Ellysa. Terlentok sana sini. Dedah sana sini. Apa..panas sangat ke pejabat aku ni? Dengan hanya bergaun mini paras peha, cukup membuatkan lelaki di luar sana jatuh cinta pada Ellysa. Tetapi, bukan pada Qhaliff Ezham. Qhaliff tidak akan sesekali jatuh kepada perempuan yang bernama Ellysa.

“ Buat apa kau datang ke sini? Aku sibuk! Aku takde masa nak layan kau sekarang!” tegas sekali suara Qhaliff.

“ Kenapa ni sayang? I datang ke sini nak ajak you keluar makan dengan I. Dah lama I tak jumpa you.” Ellysa menghadiahkan sebuah senyuman yang manis dan menggoda kepada Qhaliff.

“ Ellysa, aku tak ada masa nak keluar dengan kau. Aku banyak kerja sekarang ni. Baliklah! Jangan buang masa kau kat sini.”

But why, Qhaliff? I don’t understand why you do this to me?” Ellysa tidak dapat menahan sabarnya lagi. Memang selama ini, layanan Qhaliff kepadanya tidak pernah berubah. Namun, Ellysa tidak mudah berputus asa untuk mencuba meraih cinta dari Qhaliff.

Pertama kali berjumpa dengan Qhaliff sudah cukup membuatkan hatinya tertarik. Apabila pertemuannya di aturkan oleh mamanya dan juga mama Qhaliff, Ellysa berasa teruja sekali. Siapa yang tidak ingin dikenalkan dengan jejaka idaman Malaya yang kini sedang menempah nama di dalam bidang perhotelan. Pastinya, Ellysa tidak terkecuali untuk merebut Qhaliff menjadi pasangan hidupnya.

Dirinya memang bertuah kerana pertemuannya telah di aturkan oleh keluarga. Namun, tidak seperti yang diharapkannya. Qhaliff sama sekali tidak memandangnya malah selalu mengelak untuk pertemuan yang seterusnya sehinggalah Ellysa sendiri yang mencarinya bila ada masa lapang.

Look Ellysa! Aku rasa kau dah salah faham. Aku akan cakap sekali saja. Kau nak terima atau tak, aku tak kisah. Dengar sini, aku tak nak kau datang lagi ke sini sesuka hati kau. Dan..kau jangan pernah sebut lagi yang kau bakal menjadi isteri aku. Aku tak suka dan jangan pernah berharap walau sekali pun!”

Berdesing telinga Ellysa apabila dihidangkan kata-kata ‘indah’ dari Qhaliff. Ellysa semakin sakit hati dengan perangai Qhaliff yang tidak pernah berubah langsung.

“ Kenapa you buat I macam ni, Qhaliff? Takkan la you dah ada girlfriend?” Ellysa cuba menduga Qhaliff. Sebenarnya, Ellysa berasa ingin tahu tentang gerangan yang baru sahaja bercakap dengan Qhaliff di talian tadi sampaikan Qhaliff tersenyum. Jarang sekali Ellysa melihat senyuman dari Qhaliff.

Qhaliff tersenyum sinis. “ Kalau aku ada girlfriend macamana? Kau nak berundur?” sekali lagi Qhaliff menduga Ellysa.

Ellysa terkedu. Betul ke Qhaliff dah ada teman wanita? Tapi, siapa perempuan tu? Cantik ke dari aku? Anak Datuk ke Tan Sri? Puan Sri Hamidah suka ke dengan pilihan Qhaliff? Bermacam-macam persoalan yang sedang bermain di minda Ellysa kini. Tanpa menunggu masa lagi, Ellysa menghentakkan kakinya lalu beredar dari situ.

Qhaliff ketawa besar melihat riak wajah kelat dari Ellysa. Aduhaii…Qhaliff. Pandai-pandai je kau kelentong kat Ellysa. Hentam saja la ‘Labu’.

.......................................................................................

            “ Dah lama kita berbual-bual macam ni kan Midah?” ucap Datin Erina kepada Puan Sri Hamidah. Datin Erina gembira sekali apabila Puan Sri Hamidah sudi bertandang ke rumahnya.

            “ Betul tu Rina. Saya pun rindu nak berborak-borak dengan awak. Tapi, awak jangan risau. Lepas ni tak lama lagi kita bakal berbesan. Jadi, bolehlah kalau kita nak berborak sampai ke malam.” Usik Puan Sri Hamidah. Datin Erina tersenyum bangga.

Nampaknya Puan Sri Hamidah sudah memberi lampu hijau untuk menyatukan anak perempuannya Ellysa dengan Qhaliff. Memang inilah harapan Datin Erina untuk berbesan dengan orang berpengaruh seperti Puan Sri Hamidah.

“ Insya-Allah Midah. Kalau tak ada aral melintang, tak lama lagi boleh la kita berdua ni jadi besan.” Giliran Puan Sri Hamidah pula ketawa. Tiba-tiba, perbualan antara Puan Sri Hamidah dengan Datin Erina terhenti apabila mendengar bunyi hentakan yang agak kuat dari luar rumah.

Ellysa memakirkan keretanya di hadapan rumah banglonya. Pintu kereta dikuak kasar dan ditutup dengan kuat sekali. Ellysa melangkah kasar masuk ke dalam rumahnya tanpa memberi sapaan langsung.

“ Non, mau minum ya?” soal Bibik Yati yang berada di depan dapur.

“ Arghh!!! Tepi lah! Pergi buat kerja kau sana!” bahu Bibik Yati dilanggar Ellysa kuat tanpa menyedari ada tetamu yang sedang berada di ruang tamu bersama mamanya.

“ Ellysa! Kenapa buat Bibik Yati begitu?” Datin Erina marah sekali dengan sikap anaknya itu dan dalam masa yang sama merasa malu kerana adegan itu ditonton oleh Puan Sri Hamidah. Nanti, apa pula difikir oleh Puan Sri Hamidah?

“ Mama…Aunt?” suara Ellysa terketar-ketar apabila pandangan matanya melihat gerangan yang berada di ruang tamu ketika ini. Mama Qhaliff? Apa mama dia buat kat sini? Takkan begitu cepat mama Qhaliff nak memutuskan hubungan aku dengan anaknya? Lagi satu hal, mesti mama Qhaliff nampak apa yang aku buat tadi! Ahhh…malunya!

Ellysa segera memikirkan idea untuk keluar dari kesalahannya. Ya! Ini adalah peluang Ellysa untuk bertanya kepada Puan Sri Hamidah tentang kebenaran kata yang diluahkan Qhaliff tadi. Betul ke Qhaliff sudah mempunyai teman wanita? Ellysa melangkah perlahan menuju ke ruang tamu untuk menyapa mamanya dan juga Puan Sri Hamidah.

“ Hai..Aunt. Ellysa minta maaf sebab sikap kurang adab Ellysa tadi. Mama, Ellysa buat macam tu tadi sebab Ellysa ada masalah.” Luah Ellysa. Ellysa memulakan lakonnya untuk mengumpan simpati dari Puan Sri Hamidah.

Ellysa mengambil tempat duduk di sebelah mamanya sambil menghadap Puan Sri Hamidah yang berada di depannya.

“ Masalah? Ellysa kenapa mama tengok Ellysa ni serabut je? Lysa ada masalah apa sayang?” pujuk Datin Erina kepada Ellysa. Puan Sri Hamidah senang melihat kesungguhan Datin Erina memujuk anak perempuannya itu. Puan Sri Hamidah memang sudah teringin untuk mempunyai anak perempuan tapi tidak kesampaian. Sebab itulah, Puan Sri Hamidah menggesa anak terunanya itu untuk bercinta dengan Ellysa. Tak dapat anak perempuan pun tak apa. Asalkan ada menantu perempuan.

“ Actually, Aunt…Lysa nak tanya sesuatu kat Aunt.” Soal Ellysa tiba-tiba. Datin Erina kehairanan.

“ Nak tanya tentang apa?” balas Puan Sri Hamidah.

Aunt…betul ke Qhaliff dah ada teman wanita? Siapa teman wanita Qhaliff, Aunt?”

Bersambung...

p/s: Terima kasih kepada yang sudi menunggu. Selamat membaca semua:)







PASTFUTURE
Cik Blogger
Bonjour! Welcome in my paris blog! Hope you like it! [Change with your own words] ..

TALKIE TALKING



" Put your cbox "

FOLLOW?




BLOG ARCHIVE;

  • Novel DATING KONTRAK! 4
  • Novel DATING KONTRAK! 3
  • Novel DATING KONTRAK! 2
  • Novel DATING KONTRAK! 1
  • Contest AKU, KS & P2U
  • Cerpen SAYA SUKA CIK CLUMSY
  • Lirik Lagu Love Lightt by CNBLUE ( Korean & Englis...
  • Cerpen HELLO! ENCIK FUSSY
  • Cerpen CINTA.CONTRACT.COUPLE
  • Cerpen LOVE is CINTA

  • CREDIT SECTION



    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by: Izyanyancinnamon
    Owner blog: Your name
    Re-edit: Safira & Mayar
    Others:(♥♥)

    Remember!! dont remove this section!!