AnyeongKiraLee!
Cerpen CIK BRUTAL & MAMAT SELAMBA
Tuesday, 2 April 2013 • 14:57 • 3 comments



oleh: KIRA@ LEE

“ Aku suka kau!” luah Qimie pada Nad. Qimie ketawa besar.

“ Aku tak suka kau!” balas Nad tanpa perasaan. Sakit hatinya kepada Qimie yang selalu sahaja membulinya. Kini Nad terpaksa akur bahawa musuh ketatnya sejak di zaman sekolahnya sudah sah menjadi suaminya. Hendak menyesal sudah tidak berguna.

Qimie meletakkan songkoknya di meja solek. Cermin meja solek sengaja direnung untuk melihat bayang isterinya yang manis berbaju kebaya moden. Qimie tersenyum. Tak sangka dirinya kini sah menjadi suami kepada Noorul Nadya. Qimie yakin pasti isterinya itu sedang menahan geram kerana terpaksa berkahwin dengan dirinya.

“ Kau ni masih sama macam dulu juga yer! Aku suka tengok kau marah macam tu!” sekali lagi Qimie sengaja menyakat Nad. Memang sejak dulu lagi, Qimie memang suka mencari fasal dengan Nad. Baginya, Nad tidak sama dengan perempuan yang pernah dijumpainya. Nad memang lain dari yang lain. Sampaikan kawan-kawan Qimie ada yang terkejut kerana Qimie akhirnya berkahwin dengan Nad. Mana tidaknya, asyik-asyik jumpa memang alamatnya macam anjing dengan kucing. Kalau tak macam ‘Tom and Jerry’.
Nad merengus geram.

“ Ish…kenapa la aku boleh ‘ter..kahwin’ dengan mamat poyo ni? Ahh…bodohnya aku sebab terima perkahwinan ni. Kalau la aku tak terlanjur cakap hari tu, tentu semua ni takkan terjadi!” Nad menjeling tajam ke arah Qimie yang kini sedang berdiri menghadapnya. Nad tidak selesa bila dipandang begitu. Apatah lagi pandangan mata daripada Qimie Aniqie!!!

“ Apa tengok-tengok?” ujar Nad kasar.

“ Salah ke kalau aku tengok isteri aku.” Qimie beriak selamba melihat riak wajah Nad kini yang sedang merah. Sekali lagi Qimie tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya, ketawa Qimie meletus besar. Nad tidak dapat menahan rasa geramnya lalu bingkas bangun dan berlalu menuju ke bilik air.

…………………………………………………………………………………………..

3 bulan yang lalu….

Nad memakirkan skuter miliknya di lot parkir dengan berhati-hati. Nad melangkah masuk ke dalam Chocolate Café untuk bertemu dengan  seseorang. Ini semua rancangan emaknya yang inginkan dirinya untuk menamatkan zaman bujangnya. Entah siapa yang emaknya ingin perkenalkan kepada Nad. Nad malas ingin mengambil tahu. Hatinya menjadi keras sejak mengenali lelaki yang bernama Qimie Aniqie. Lelaki itu sering saja menganggu dirinya tidak kira di mana saja Nad berada pasti ada lelaki itu sehinggakan di tempat kerja juga sama.

Seminggu yang lalu, lelaki itu telah datang melapor diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk mengambil alih Syarikat Berjaya Cooperation. Alangkah terkejut Nad apabila ditugaskan menjadi setiausaha kepada Qimie. Hari indah yang dilaluinya kini sudah bertukar menjadi gelap gelita apabila sekali lagi perasaan diuji oleh lelaki yang bernama Qimie Aniqie.

“BIP…!” deringan mesej berbunyi di dalam beg tanganku. Aku segera mengambil telefon bimbitku.
Nad, mama harap kamu suka dengan pilihan mama ni. Tolong jangan kecewakan mama, sayang.

“ Hemmm….kena tengok dulu orangnya. Baru boleh decide. Kalau tak, memang tak jadi punya la.” Omelku sendirian lalu ku teruskan langkahku menuju ke Chocolate Café.

Mataku lliarkan ke kiri kanan untuk mencari lelaki yang ingin dikenalkan untukku. Mama ada juga cerita sikit tentang latar belakang lelaki misteri ni. Tapi, macam biasalah aku bukannya nak ambil peduli, tambah-tambah lagi bab kahwin ni. Kalau bab novel ke, cerita korea ke….hah….itu baru aku ambil peduli dua ratus persen!!! Tiba-tiba, sekali lagi telefon bimbit ku berdering.

“ Assalamualaikum. Saya Aniqie. Saya dah sampai kat Chocolate Café ni. Saya pakai baju kemeja putih..meja yang hujung sekali.”

“ Wa…waalaikumsalam. Saya baru je sampai. Ok..saya datang cari awak sekarang.” Balasku.

“ Oh..dah sampai. Ok…assalamualaikum.” Ucap Qimie tenang. Qimie mengukir senyuman.

Semalam, bukan main lagi rasa gelisah. Tidur pun tak lena. Mimpi pun kadang-kadang masuk, kadang-kadang ‘out’. Huh!!! Entah apa-apa. Mungkin berdebar menanti seseorang yang selama ini sudah Berjaya mengetuk pintu hatinya sejak zaman sekolah lagi. Cuma, tak tahu la sama ada ‘dia’ boleh menerima dirinya atau tidak. Ini kira beruntung la ni disebabkan kecanggihan dunia teknologi semuanya boleh jadi. Nasib baiklah, sepupu Qimie berkawan dengan ‘dia’ di laman facebook. Boleh la skodeng-skodeng profil tentang si ‘dia’. Dan paling penting…..bab ‘status’ dalam facebook.

………………………………………………………………………………………..

Aku menuju ke tempat yang hujung sekali untuk mencari kelibat lelaki yang bernama Aniqie. Hemmm… what an interesting name??? Jarang sangat telinga aku ni dengar nama yang pelik-pelik ni. 

“ Assakamualaikum, Aniqie?” soalku sebelum menghadapkan wajahku ku arahnya.

“ Waalaikumsalam. Jemput duduk.” Ajak Qimie. 

Aku segera mencapai kerusi yang berada di depanku lalu melabuhkan punggungku ke kerusi. Yehhhh!!!! Dapatpun duduk.

“ Kau???” ucapku terkejut setelah mengangkat mukaku ke menghadapnya. Ahhhh!!!! Kenapa lelaki ini muncul semula? Apatah lagi lelaki itu kini berada didepanku. Aku sangka aku takkan berjumpa dengan lelaki ni! Wait!! Takkan dia yang mama aku nak jodohkan kut?

“ Kenapa terkejut ni? Takkan dah tak ingat nama aku?” soal Qimie sinis.

Nad dengan berat hati akhirnya duduk juga untuk menghadap lelaki yang paling dibencinya. Macamana la dalam ramai-ramai lelaki yang mama aku nak jodohkan, dia ni yang pula yang terpilih? Aku masih dalam keadaan bengang. Tak tahu nak berbual apa dengan dia! Ishh..dia ni dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk kenapa? Aku tumbuk kang muka kau tu? Huh!!! Bajet hansem la tu! Uwekkk!!! Nak termuntah aku.

“ Well…long time no see Noorul Nadya Nazrin. Aku dah lama cari kau.” Luah Qimie berterus-terang kepada Nad.

Menyampahnya mamat ni! Asal semua yang keluar dari mulut dia, aku tak suka! Yang dia ni sibuk-sibuk cari aku apesal? Aku ada hutang ke dengan dia? Setahu aku, tak pernah lagi aku berhutang-hutang dengan mamat poyo ni? Aku mencebik geram.

Qimie hanya tersenyum melihat reaksi wajah yang sedang bermain di depannya sekarang ini. Sungguh Qimie rindukan pada wajah itu. Habis je SPM, Qimie terus lesap ke luar Negara kerana mengikut keluarganya atas urusan kerja. Alhamdulillah, setelah enam tahun menetap di Amerika Syarikat, akhirnya Qimie dan keluarganya berpindah kembali ke Malaysia. Selama merantau di bumi orang, Qimie selalu terkenangkan zaman sekolahnya apatah lagi zaman Qimie selalu mengacau, mengusik, membuli pada Nad. Semua itu kenangan manis baginya. Tetapi, Qimie tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada Nad. Mana tidaknya, selalu ada saja idea Qimie untuk mengusik Nad sama ada di dalam kelas atau luar kelas. Bak kata cikgunya, jangan suka sangat kacau orang, nanti ada yang rindu. Sah! Memang Qimie dah terkena penyakit rindu pada Nad.

“ Kau tak gembira ke dapat jumpa aku? Aku gembira dapat jumpa kau.” Ujar Qimie ceria. Nad semakin meluat dengan gaya percakapannya yang seperti mengenali dirinya rapat atau lebih spesifik lagi..’menggoda’.

“ No! Aku makin sakit hati ada la!” balasku.

“ Kesiannya….asal kau sakit hati? Kenapa tak jumpa doktor? Ke kau sakit rindu sebab dah lama tak jumpa aku?”

“ Ishhh!!! Tak malu! Perasan! Aku tak ada masa nak rindu-rindu kau la!”

“ Kau ni kelakar la, Nad. Itu yang aku suka usik kau tu.” Aku terpanar. Apa hal pulak mamat ni? Dah kena sampuk ke apa? Buat aku malu je. Dia ni memang dari dulu lagi suka cari gaduh dengan aku. Dia ni boleh diklasifikasikan sebagai mamat selamba yang suka cari perhatian! Huhhhh…panjang juga gelaran yang aku beri pada mamat ni. Ahhh..tak kisah lah. Bukannya dia tahu pun.

“ Aku tak tahu pulak aku ni ada bakat lawak? Kalau aku tahu, dah lama aku join Raja Lawak.” Balasku lagi. Qimie tiba-tiba ketawa besar.

“ Serius….kau memang kelakar Nad. Kalau kau masuk Raja Lawak, sure kau menang!”

“ Ishh..kau ni kenapa hah? Dari tadi asyik ketawa? Cepatlah kalau kau nak cakap sesuatu, kalau tak aku balik. Lebih baik aku layan cerita Korea dari menghadap muka kau.”

“ Tak payah la nak menghadap sangat cerita Korea tu. Aku lagi hansem apa dari mamat Korea tu. Cuba tengok muka aku ni yang hansem ni. Ada macam mamat Korea tak? Aku pasti kau setuju seratus peratus kan?”

Aduhaiiii…selambanya mamat ni puji diri dia sendiri depan aku. Aku pun tak adanya nak puji diri aku macam tu walaupun aku ni memang cantik. Aku tahulah dia ni hansem. Kulit dia…Ya Allah…memang bersih giler. Macam kulit ‘baby’ yang baru lahir. Tak keterlaluan ke kalau aku puji dia macam tu? Tapi, memang betul la. Kulit aku ni pun tak boleh challenge kulit dia yang putih berseri tu. Bibir yang merah tanda tak merokok tu la yang selalu cari pasal dengan aku. Suka kutuk aku macam-macam. Panggil aku mak cik la, nenek la, mama la dan yang paling aku tak boleh lupa, ada satu masa tu pernah dia panggil aku ‘sayang’. Tapi…nasib baik hati aku tak cair masa tu kalau tak aku pun maybe boleh balas kut panggilan ‘sayang’ tu kalau dia tak cari fasal dengan aku dulu.

“ Ok…ok..aku bagi pendekkan cerita saja la. Tentu kau tahu sebab apa kau datang ke sini kan? Sebabnya kita berdua ni ada jodoh dan akan dijodohkan. So, aku tak ada masalah nak terima tu semua. Kau macamana? Setuju tak nak kahwin dengan aku?” ujar Qimie dengan selamba. Qimie tahu sepatutnya Qimie perlu melamar dengan cara yang lebih romantik pada Nad tapi egonya sendiri enggan melakukannya. Biarlah selepas mereka berdua sudah disatukan, barulah Qimie akan meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Nad.

 “ Siapa yang nak kahwin dengan kau? Aku tak suka kau la! Kau pun bukannya suka aku kan? Tu lah sebabnya kau selalu cari fasal dengan aku.” Amek kau! Jangan harap aku nak berbunga-bunga kata dengan kau!

“ Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku? Kau takut ke jatuh cinta dengan aku ke kau memang dah already fall in love dengan aku yang hansem ni?” sekali lagi Qimie mengusik Nad.

“ Eeeee…perasannya mamat ni. Uwekkkk!!!! Aku takkan jatuh cinta langsung la dekat kau plus never…and…never!”

“ Aikk!!! Belum apa-apa lagi dah muntah ke, Nad sayang? Macam ni la, kalau yakin seratus peratus yang kau tak akan jatuh cinta dengan aku, aku nak cabar kau terima je lamaran aku. Amacam? Ada berannn???” Qimie menaikkan keningnya.

Amboiii……bukan main semanis cheesecake lagi mamat ni berkata-kata. Huhhh! Nak cabar aku ke atau nak perangkap aku? Sori, ini Noorul Nadya ok! Takkan mudah mengalah dengan senang. Berani dia nak cabar aku. Dia ingat aku takut la kalau kahwin dengan dia! Baik!!!

“ Ok! Aku terima cabaran kau! Aku tak takut la nak kahwin dengan kau dan aku akan pastikan yang aku takkan fall in love dengan kau langsung!”  Ucap Nad tanpa berfikir panjang. Nad bingkas bangun lalu meninggalkan Qimie keseorangan. Qimie bersyukur sangat akhirnya Nad sudi menerima lamarannya. Nad…Nad…memang dia seorang perempuan yang pantang dicabar. Aku janji Nad. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku. Itu janji Qimie pada dirinya.

…………………………………………………………………………………..

Hemmm….bestnya bantal peluk aku ni. Aku tersenyum dalam tidur. Qimie hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya itu. Tentu sahaja isterinya itu tidak menyedari tindakannya kepada Qimie. Namun, Qimie senang dengan perlakuan Nad yang kini sedang memeluk lengannya. Ini kalau dia sedar…alamat berdentum la bilik ni. Kena tunggu countdown ni. Qimie mengukir senyuman dibibir.

“ Erkkkkk….” Nad menggeliat untuk bangun pagi. Namun, tangan kirinya masih lagi memegang erat lengan disebelahnya tanpa disedarinya. Nad perlahan membuka matanya apbila dapat merasakan bantal peluknya itu terasa lain macam sahaja. Qimie kini hanya menunggu masa mendengar jeritan vocal pagi dari isterinya itu.
“ ARGHHHHHHHHHHH!!!!” jerit Nad dengan kuat sekali. Qimie cepat-cepat bangun dari katil.

Barulah Nad sedar sepenuhnya. Ahhh!!! Giler…kenapa aku boleh syok peluk lengan si Qimie ni? Bodoh!!!! Aku menjeling tajam ke arah Qimie. Seperti biasa Qimie hanya membuat muka selambanya sahaja di depanku.

“ Macamana kau boleh ada kat atas katil ni? Kau buat apa kat aku semalam? Ishh!!! Menyampahnya!!” marahku pada Qimie. Aku sudah tidak peduli walaupun aku tahu aku berdosa kerana meninggikan suaraku kepadanya. Ahhh!!! Aku membaling sebiji bantal ke arah Qimie namun Qimie pantas mengelak.

“ Relax la! Apa nak kisah? Kitakan suami isteri. Mestilah kena tidur sama-sama.” Balas Qimie dengaan riak yang paling Nad tidak suka sama sekali. Aku menjegilkan mataku kepadanya tanda geram. Aku tahula dia suami aku, tapi aku masih tak boleh terima lagi. Ahhh!!! Bodohnya kau Nad. Apasal la kau boleh tidur awal semalam? Aku bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik air. Aku sengaja melanggar bahunya dengan kasar. Padan muka!

Qimie tidak dapat menahan ketawanya lagi. Akhirnya Qimie ketawa dengan kuat sambil memeluk bantal yang dibaling oleh isterinya tadi. Alahai Nad….makin comel pulak bila kau marah tadi. Dahlah cantik rambut kau yang panjang tu walaupun cuma separas bahu tapi still kau tetap ayu.  Eeee..geramnya aku tengok. Nasib baik semalam tak jadi apa-apa…hihihi

……………………………………………………………………………………..

Ok…Nad, kau kena tenang. Semalam tak ada apa yang berlaku. Nad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aishhhh!!!! Macamana pulak aku boleh ‘terpeluk’ lengan mamat selamba tu? Bukan main sedap lagi aku peluk lengan dia! Huh…mesti dia perasan sekarang ni. Aku mengemaskan lilitan shawl di kepala ku sebelum keluar dari bilik. Mesti si Qimie tu dah turun kat bawah. Satu hal lagi aku belum siapkan sarapan lagi..ishhhh

Aku perlahan-lahan menapak kaki menuruni tangga ke bawah. Mataku liarkan ke sekeliling mencari kelibat si dia. Buat aku malu je nak bertembung dengan dia pagi-pagi ni. Tapi, tak logik la kalau aku tak bertembung nya dengan dia pagi ni. Dia kan dah jadi laki aku dan yang paling penting ini rumah dia. Dan masalah terbesar aku lagi dia ialah bos baru aku nanti! Ahhh….susah hidup aku lepas ni.

Nad menapak kaki menuju ke dapur dan alangkah terkejutnya Nad apabila melihat Qimie aka suaminya kini sedang menyiapkan sarapan pagi sambil memakai apron yang bergambar Teddy Bear. Nampak kacak pulak dia pagi ni dengan berkemeja biru lembut dan berseluar slack hitam. What the heck am I saying? Aku menggeleng kepalaku menafikan pujian yang baru sahaja ku luahkan. Walaupun dalam hati mengiyakan.

“ Good morning, sayang.” Sapa Qimie dengan manja sambil menghadiahkan Nad renungan menggoda. Qimie sengaja berkata begitu untuk mengambil hati isterinya. Qimie tahu mesti isterinya masih berasa marah tentang kejadian pagi tadi. Ehmmm…nak buat macamana. Semalam , Qimie kesian melihat isterinya yang sedikit lagi hendak terjatuh dari katil. Apalagi, Qimie pun cepat-cepat naik ke atas katil lalu menarik isterinya ke dalam dakapannya tanpa isterinya sedar.

“ Hemmm…” itu saja yang mampu diluahkan oleh Nad lalu berjalan menuju ke meja dapur. Kotak bijiran dibuka lalu dituang ke dalam mangkuk kecil. Ditambah susu ke dalamnya untuk melengkapkan lagi rasa bersarapan pagi.

“ Kenapa makan yang tu sayang? Ini abang dah masakkan sayang nasi goreng dan scramble egg. Sedap tau…” puji Qimie. Ya…mulai hari ni Qimie akan mengubah panggilan buat isterinya kepada ‘sayang’ untuk memikat hati isterinya itu. Nad sediki tersentak buat kedua kalinya apabila mendengar panggilan ‘sayang’ dari suaminya itu. Seingatnya tadi, ini cuma mimpi. Ternyata bukan. Qimie benar-benar memanggilnya sayang. Nad cuba menyembunyikan perasaan gelabahnya takut dilihat oleh suaminya pulak nanti.

“ Ikut perut saya la nak makan apa!” balas Nad. Aku pun dah terikut-ikut dengan perangai si Qimie ni. Malaslah nak guna ‘ber…kau’ ‘ber…aku’. Qimie tersenyum dalam hati. Nad sudah mengubah ganti dirinya kepada ‘saya’. Ini suatu perubahan yang bagus. Biarlah sikit-sikit…lama-lama jadi bukit.

“ Hemm…kalau macam tu, apa kata sayang cuba nasi goreng yang abang buat ni. Kalau tak nak, biar abang suapkan.” Qimie sengaja mengugut isterinya. Ala…ugut-ugut manja je. Qimie tahu pasti plannya Berjaya.
Ishhh!!!! Apahal la laki aku pagi-pagi ni? Terlebih manja pulak gayanya. Dia ni memang sengaja nak buat aku menggelabah tak tentu fasal. Nak tak nak Nad menghulurkan pinggannya kepada Qimie. Qimie tersenyum bangga kerana isterinya mahu mengalah juga akhirnya.

“ Nyamm…..sedap juga nasi goreng dia ni. Kalah nasi goreng yang aku masak.” Pujiku dalam hati. Giler aku nak puji depan-depan. Nanti makin kembang la hidung laki aku ni. Tanpa sedar, Qimie memerhatikan isterinya yang sedang leka makan nasi goreng masakannya. Agaknya…terlebih sedap la tu sampai isteri aku tu tak terkata. Nad…ini baru langkah pertama. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.

…………………………………………………………………………………..

 Nad melabuhkan duduknya di kerusi. Puas juga aku berbahas dengan Qimie tadi supaya pergi ke tempat kerja dengan kederaan masing-masing. Aku malas la nak pergi kerja bersama-sama dia. Aku lebih suka naik skuter aku yang comel tu. Baru syok. Nasib baik dia mengalah jugak.

“ Hoi….Nad. Asal moody semacam je ni? Amacam, syok tak kawin dengan bos?” sergah Mimi pada Nad. Cuma Mimi sahaja yang tahu aku berkahwin dengan Qimie. Aku bukan apa, aku tak nak satu bangunan tahu yang aku kahwin dengan Qimie aka bos tempat aku kerja. Nanti, tak syok la pandangan pekerja lain lebih-lebih lagi aku kerja sebagai setiausaha kepada suami sendiri.

“ Kau jangan cakap kuat-kuat! Nanti pekerja lain dengar tau! Aku yang susah nanti.” Balasku. Mimi tersengih rasa bersalah. 

“ Yelah…yelah…kawanku. Takde la..mesti best kan dapat kahwin dengan lelaki yang macam bos tu. Hansem, bekerjaya, peramah lagi tu. Semua pekerja kat sini ramai yang suka bekerja dengan bos kita tu. Untunglah kau, Nad. Tak sangka kau boleh kahwin dengan musuh zaman belajar kau. Itulah, kalau ada jodoh tak ke kemana.”

“ Ewah-ewah…banyak pandai kau berceramah kat aku. Kau belum kenal lagi dengan dia. Tak payah nak memuji melangit la.” Ujarku.

“ Ehemmm…Cik Nad, sila masuk ke bilik saya sekejap!” arah Qimie serius. Aku dan Mimi terkejut besar. Tak sedar bila dia sampai. Ahhh…mesti dia terdengar apa yang aku cakap tadi. Tak kisahlah! Aku cuma luahkan perasaan aku je. Qimie melangkah masuk ke dalam pejabatnya sambil menunggu kedatangan isterinya aka setiausahannya.

“ Tengok, laki kau dah panggil kau tu hah. Tolong cakap kat laki kau jangan pecat aku yer. Aku tak sengaja nak cakap tentang hal rumah tangga kau tadi. Aku pi meja aku dulu.” Mimi berlalu pergi.

Hemm…apa dia nak pagi-pagi ni? Takkan nak sentap kut? Ada aku kisah? Dulu time belajar, dia tak pernah pun kisah perasaan aku. Aku bingkas bangun sambil membawa buku nota kecil untuk membuat catatan nanti. Usai di depan pintu bilik Qimie, aku menarik nafas dalam-dalam. “TUKKK …TUKKK” ketukku.

“ Masuk!!!” arah Qimie. Aku menapak masuk ke dalam pejabatnya dengan perasaan yang berdebar-debar. Bukannya tak pernah aku masuk ke dalam pejabat ni. Tapi, rasa lain macam pulak bila dah bertukar majikan ni. Tambahan lagi bila majikan tu suami aku sendiri. Aiii…Nad, sekarang baru pandai nak mengaku dia suami? Aku berlagak tenang menghampiri mejanya.

“ Duduk.” Aku melabuhkan duduk menghadapnya. Qimie kelihatan tenang walaupun sebenarnya hatinya kini terasa ingin meletup sahaja. Mana tidaknya, isterinya itu kelihatan manis sekali mengenakan baju kurung riau berwarna pink lembut. Nampak je brutal di luar, tapi manisnya tetap ada.

“ Kenapa Encik Qimie panggil saya?” soalku formal. Rasa lain macam pulak bila berhadapan dengannya di dalam pejabat ni. Qimie mengukir senyuman yang manis kepada isterinya. Sengaja untuk menduga reaksi isterinya itu. Aku terpana seketika melihat senyuman Qimie yang menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya itu. Apa hal pula mamat ni? Dah buang tebiat ke nak senyum-senyum macam tu? Dia ingat aku boleh tergoda la tu? Ehmm….boleh la dalam tiga puluh peratus macam tu.

“ Baiklah, Cik Nadya. Hari ni saya nak awak tolong kemaskini fail-fail yang ada kat dalam rak hujung tu. Saya nak awak tolong siapkan hari ni juga. No excuse! By the way, tolong buatkan saya nescafe panas satu. Boleh kan sayang?” ujar manja tiba-tiba di hujung arahannya.

“ Hah??? Fail?” aku segera menoleh ke belakang mencari kedudukan rak yang dimaksudkan Qimie. Aku membuntangkan mataku. Giler punya bos!!! Banyak tu fail!!! Dia ni nampaknya dah nak mula la ni nak membuli aku macam dulu-dulu. Menyampah! Mentang-mentang la dia ni bos aku sekarang! Ahhh!! Nak tak nak aku terpaksa mengikut kehendaknya juga. Aku bingkas bangun dengan perasaan yang lemah.

“ Jangan lupa Nescafe saya sayang.” Ujar Qimie dengan manja. Meremang bulu Nad mendengar. Eeee…tak malu betul la dia ni. Memang selamba betul. Kalau orang dengar, macamana? Aku berlalu pergi. Qimie tersenyum gembira melihat reaksi comel dari isterinya itu. Ini langkah kedua aku untuk memikat mu sayang.

…………………………………………………………………………………………

Alahai….masa, cepatlah kau berlalu. Terasa lama pulak kat dalam bilik mamat selamba ni. Asyik-asyik jelling-jeling kat sini. Cucuk kang mata tu! Ehh….nanti jadi Kassim Selamat pulak! Tak jadi..tak jadi…karate kang! Ni fail dari abad ke berapa ni? Mana tanggungjawab setiausaha yang dulu ah? Alih-alih, aku pulak yang kena uruskan. Dahlah semua fail ni berat-berat. Ingat aku ni ahli angkat berat ke? Aku merengus geram tanpa sedar Qimie memerhatikan tingkah gayaku yang dari tadi asyik merungut.

“ Penat ke? Kalau penat, rehatlah kat sofa sana tu. Abang beri kebenaran untuk sayang.”

“ Excuse me, Encik Qimie. Kita sekarang ni di tempat kerja. We have to be professional. Saya masih larat lagi. Terima kasih je lah.” Balasku walaupun sebenarnya dalam hati terasa betul ingin berehat. Namun kerana ego yang tinggi, Nad menolak serta merta.

Qimie tahu isterinya pasti akan menolak. Sikap degil isterinya itu sudah diketahuinya sejak zaman sekolah lagi. Qimie ingat lagi sewaktu kali pertama Qimie bertemu dengan isterinya. Masa tu, Qimie baru berpindah ke sekolah Nad. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke bilik pengetua, sesuatu telah berlaku antara Qimie dan Nad. Accident!!!

“ Beri laluan!!! Beri laluan!!!” jeritku sambil mengangkat berpuluh-puluh buku tulis panjang menuju ke bilik guru. Aku bergerak pantas tanpa memandang ke depan. Cuma suaraku sahaja yang menjadi isyarat kepada semua pelajar yang menghalang laluanku.

Tiba-tiba, “ BUKKKKKKK”. Habis gugur semua buku yang ku angkat tadi. Yang paling sakit tentunya aku! Sakitnya punggung aku ni! Siapa la yang langgar aku ni? Tak guna betul punya orang!

“ Maaf-maaf!!!” Qimie mengucap kata maaf berterusan kepada pelajar perempuan yang baru sahaja dilanggarnya itu. Qimie betul-betul tak sengaja.

“ Apa hal kau ni wei? Buta ke? Tak nampak ke orang tengah angkat buku ni?” marahku pada pelajar lelaki itu. Aku segera bangun dan menyapu kain baju sekolah ku. Habis semuanya kotor berhabuk.

“ Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja. Biar saya tolong awak kemaskan buku-buku tu semua.” Qimie segera melutut untuk membantu pelajar perempuan itu. Nad memandang dengan pandangan sinis kepada Qimie. Baru sahaja Qimie ingin mengambil buku tersebut, namun dengan pantas Nad merebut buku tersebut. Qimie agak tersentak seketika melihat tindakan berani dari pelajar perempuan itu. Namun,  ada sesuatu yang membuatkan Qimie ingin melihat wajah pelajar perempuan itu. Tanda nama yang kemas dijahit pada tudung itu pantas dilihat Qimie untuk mengetahu nama pelajar perempuan itu. Noorul Nadya. Cantik nama dia macam orangnya juga tapi sayang cepat marah.

“ Ahh…buang kat tong sampah je la maaf kau tu! Blah la wei!!!” ujarku kasar. Huhhh..berani sungguh perempuan ni. Qimie menarik nafas panjang.

“ Ok! Kalau kau tak nak, aku pun tak kisah la!” Qimie segera mengangkat kaki pergi. Tu lah jual mahal sangat! Orang dah layan baik-baik, dia marah kita pulak! Namun, itu hanya luahan di luar sahaja. Dalam hati, Qimie sudah mula mnaruh perasaan pada pelajar perempuan yang bernama Noorul Nadya itu.

“ Encik Qimie! Encik Qimie!!!” jeritku pada Qimie. Mengelamun la tu. Aku segera mendekati mejanya.

“ Encik Qimie!!!” jeritku sedikit kuat. Qimie tersedar dari lamunannya.

“ Ada apa sayang?” jawab Qimie selamba. Ishh….dia ni suka bikin aku terkejut. Nak cubit-cubit je pipi dia yang gebu tu.

“ Maaf ya, Encik Qimie. Sekarang dah masuk waktu lunch. Saya nak rehat dulu. Nanti saya sambung balik. Ok!” aku segera berlalu pergi tanpa mendapat keizinan darinya. Qimie hanya tersenyum. Qimie tak kisah pun kalau isterinya itu ingin keluar lunch asalkan lepas tamat waktu lunch, isterinya itu sudah berada di depan matanya. Lebih tepat lagi bersama dengannya di dalam pejabat. Itulah rancangannya sebenarnya. 

…………………………………………………………………………………….

Aduhhh….habis lenguh semua tangan aku. Ini semua fasal mamat selamba tu la. Pandai-pandai nak arah aku kemas kini fail itu la…fail ini la. Macam-macam betul la mamat tu. Aku membaringkan diriku di atas sofa usai balik kerja. Aku tak pasti pulak kalau mamat tu dah balik. Lantaklah, yang penting aku dah penat menyusun fail-fail tu semua. Aku melelapkan mataku yang sudah mula mengantuk.

“ Assalamualaikum!” sapa Qimie dari luar rumah. Hemm…sunyi je. Skuter dia ada kat luar. Qimie melangkah masuk ke dalam rumahnya untuk mencari isteri yang dirinduinya itu.

Qimie segera menaiki tangga menuju ke biliknya. Mungkin isterinya itu ada di sana. Tak sabarnya nak menatap wajah isterinya itu yang semakin hari semakin cantik. Mulanya sedih juga sebab isterinya itu tidak memberitahunya untuk pulang dari tempat kerja tadi. Namun, dibiarkannya sahaja mungkin isterinya itu penat barangkali.

“ Sayang!” panggil Qimie. Qimie masih mencari-cari isterinya tetapi sayang isterinya itu tiada di dalam bilik. Qimie keluar semula dari biliknya lalu turun ke bawah.

“ Sayang!” panggil Qimie sekali lagi. Qimie menapak kaki menuju ke ruang tamu.

“ Laaa!!! Kat sini rupanya sayang abang ni. Syoknya tidur. Tak ajak kita pun. Ni kes penat la ni.” Luah Qimie melihat isterinya itu yang kini sedang nyenyak tidur. Haiii…comelnya dia tidur.

“ Sayang…sayang…bangun sayang. Dah nak maghrib ni.” Kejut Qimie lembut dengan menggerakkan kaki isterinya itu. Nad terasa tidurnya diganggu oleh sentuhan seseorang.

“ Sayang….bangun la.” Sekali lagi Qimie bersuara. Nad membuka matanya perlahan-lahan.

“ Awak!!!” ucapku sepatah. Aku agak terkejut melihatnya. Air liur yang mengalir di hujung bibir segera ku kesat. Malunya weiii!!! Aku segera membetulkan kedudukanku dan mengemaskan selendang yang masih tersangkut di kepala.

“ Kenapa tidur kat sini? Kalau ia pun penat naiklah kat atas.”

“ Kejap lagi la.”

“ Sayang, abang tahu sayang penat. Abang minta maaf sebab abang suruh sayang  kemas kini fail yang banyak tadi. Sayang pergilah naik atas. Maghrib dah nak masuk ni.” Ujar Qimie lagi. Sedikit tersentuh hati Nad kerana layanan yang diberikan oleh suaminya itu. Agak-agak dah naik dalam lima puluh peratus. Nak tak nak aku ikutkan jua kata-katanya. Dengan langkah yang lemah, aku menapak ke atas untuk membersihkan diri.

………………………………………………………………………………………..

Sejuk hatiku melihat suami sendiri mengimamkan solat Maghrib hari ni. Kali pertama kami berdua bersolat bersama. Usai mebaca doa, dengan ikhlas aku menghulurkan salamku kepada suamiku. Qimie agak terpana. Tidak disangkanya isterinya itu akan menghulurkan salam kepadanya. Gembiranya hati ini sekarang. Qimie lantas menghadiahkan kucupan syahdu ke dahi isterinya. Kali ni, giliran Nad pula yang terkesima sebentar. Terharu pun ada. Terasa begitu disayangi sekali oleh suaminya itu.

“ Ehhh…kau ni mudah terharu sangat la Nad! Ini pasti lakonan dari suami kau ni! Kau mana tahu!” bisik suatu suara. Nad pantas megiyakannya. Betul tu! Apa hal dengan aku ni? Tak-tak…ini tak boleh terjadi. Aku takkan jatuh cinta pada Qimie.

Aku terus membuka telekungku lalu kulipat. Begitu juga dengan sejadah. Aku segera naik ke atas katil untuk merehatkan diri. Bantal peluk ku letak di bahagian tengah supaya kejadian malam semalam tidak berlaku lagi. Qimie hanya memerhati sahaja tingkah laku ku. Aku cepat-cepat menutup mataku berpura-pura tidur walaupun lenganku masih terasa sakit.

Qimie segera menuju ke katil lalu merebahkan badannya di sisi isterinya itu. Qimie tahu isterinya itu berpura-pura tidur. Tentu isterinya itu masih terkejut kerana Qimie baru sahaja menghadiahkannya sebuah kucupan. Itu baru langkah ketiga Nad. Tiba-tiba, Qimie tersedar dari lamunanya apabila mendengar suara orang yang mengadu kesakitan. Qimie pantas menoleh ke arah isterinya itu.

“ Errr…err..sakitnya.” Nad mengurut-urut lengannya yang masih terasa lenguh sehingga kini. Qimie jatuh kasihan melihat kesakitan yang dialami isterinya itu. Timbul rasa bersalah pada diri Qimie. Kalau tidak mengikutkan hatinya tadi, tentu isterinya itu tidak sakit-sakit begini.

“ Sayang….sayang sakit ke?” soal Qimie penuh simpati pada isterinya itu. Nad yang tersedar cepat-cepat mengangguk. Entah kenapa, Nad seolah-olah menurut sahaja kata-kata suaminya itu.

“ Lengan saya sakit. Lenguh-lenguh…” jawabku lemah.

“ Kalau macam tu, biar abang tolong urutkan. Kejap, biar abang ambik minyak angin dulu.” Qimie segera membuka laci meja di tepi katilnya. 

“ Meh, bagi abang tengok lengan sayang tu.” Qimie menyinsingkan lengan baju isterinya itu hingga ke paras siku. Kulit isterinya itu jelas kelihatan kemerah-merahan. Qimie mula meletakkan minyak angina ke lengan isterinya itu lalu diurutnya perlahan-lahan.

“ Perlahan-lahan, awak.” Adu isterinya.

“ Baik sayang.” Kali ni Qimie cuba berhati-hati mengurut lengan isterinya itu.

“ Abang minta maaf sayang sebab suruh sayang buat kerja yang banyak tadi. Abang janji, abang takkan suruh sayang buat kerja banyak-banyak lagi.” Qimie mengucup tangan isterinya penuh kasih. Nad pura-pura tidak mendengar luahan suaminya itu. Sesungguhnya, hati Nad kini sudah mula berputik rasa cinta buat suaminya. Namun, Nad masih ragu-ragu untuk menyerahkan cintanya sepenuh hati. Mungkin belum tiba masanya lagi. Biarlah begini dahulu. Bila Nad sudah bersedia, cinta itu akan diluahkan jua buat suaminya.

………………………………………………………………………………………

Hubungan mereka suami isteri kini sudah semaki baik. Disebabkan kes urut-mengurut, Nad sudah mula untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat lagi. Setakat ni, rasa cinta Nad sudah naik tujuh puluh peratus.

“ Hai…Nad. Aku tengok semenjak dua menjak ni, kau makin berseri-seri la. Bos pun semakin hansem. Untung badan kau kan? Dapat suami macam tu?” usik Mimi pada Nad.

“ Hello, kau jangan nak mengada-ada kat sini ya. Aku dan suami aku tu masih dalam proses mengenali hati budi.”

“ Apa pulak proses kenal-mengenal ni? Kau kan dah kenal dengan suami kau tu sejak sekolah lagi kan? Ok, macam ni aku nak tanya kau sesuatu. Kau dah mula sayang kat suami kau? Kau dah jatuh cinta pada suami kau?” soal Mimi.

“ Aku…aku…masih tak ada jawapan untuk itu. Aku tak tahu apa yang aku rasa ni sama ada perasaan cinta atau sekadar tanggungjawab seorang isteri?”

“ Ehhh..kenapa pulak macam tu. Aku tengok bos layan kau baik punya. Pekerja-pekerja kat dalam bangunan ni pun dah mula syak sesuatu tentang hubungan kau dengan bos. Dah hamper tiga bulan kau kahwin kan? Takkan kau masih ragu-ragu pada suami kau? “ Tanpa mereka sedar, perbualan mereka itu didengari oleh Qimie yang baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam pejabat. Qimie masih menanti jawapan isterinya dengan berdebar-debar.

Tiba-tiba, “ Hai darling?” sapa seorang perempuan yang sambil memeluk lengan Qimie dengan erat sekali. Qimie pantas menoleh ke sisinya melihat gerangan yang berani memeluknya di tempat kerja.

“ Sara? Sara buat apa kat sini? Bukan Sara kat oversea ke?” soal Qimie yang terkejut dengan kedatangan adik perempuannya yang terlebih manja itu. Ini kalau orang tak tahu hubungan aku dengan Sara ni, mungkin orang sangka kami berdua ni pasangan bercinta.

“ Abang, Sara tengah cuti sem. Saja je datang sini. Rindu la kata abang. Lagipun, hari tu Sara tak sempat nak pergi majlis kahwin abang.” Qimie tersenyum. Adiknya ini memang manja orangnya.

“ Oh..begitu. Jomlah ikut abang masuk dalam. Kita bual-bual kat sana.” Dengan langkah yang selamba, Qimie dan Sara berjalan beriringan sambil lengannya masih dipeluk oleh adiknya itu. Qimie hanya membiarkannya sahaja. Nad ternyata terkejut sekali melihat pasangan yang baru sahaja melintas di depannya. Seolah-olah dirinya seperti halimunan. Qimie langsung tidak memandangnya. Nad sedih sekali kerana ternyata suaminya itu tidak pernah mencintainya. Benarlah selama ini semua hanya lakonan sahaja.
Qimie sengaja tidak memandang isterinya itu. Alang-alang da nada Sara kat sini, bolehlah Qimie menjalankan langkahnya yang terakhir untuk memikat isterinya itu. Qimie ingin menguji isterinya sama ada cemburu atau tidak? Qimie menekan butang intercom.

“ Tolong buatkan dua Nescafe panas dua.” Arah Qimie pada Nad. Ishhh!!! Tak guna betul la. Selamba badak ke dia ni nak suruh aku buatkan Nescafe. Menyampah!

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat Qimie sambil membawa dulang yang berisi dua cawan Nescafe. Senyuman ku ukir walaupun terpaksa.

“ Ini dia Encik Qimie. Kalau tak de apa-apa, saya keluar dulu.” Ucapku lalu berlalu pergi. Qimie dapat meneka air wajah isterinya itu. Kelihatannya erti menahan rasa sedih. Jika benar telahannya, bermakna rancangannya hari ini dikira berjaya.

………………………………………………………………………………..

Ahhh!!!! Hujan la pulak! Time aku sedih sekarang ni, hujan pulak turun. Aku rasa macam nak menangis saja. Ya! Aku sudah sedar kini. Aku mengaku aku budah mula jatuh cinta pada suamiku seratus peratus. Cintaku hanya untuk suamiku seorang. Aku memeluk helmet ku erat sambil berteduh di perhantian bas. Biarlah skuterku dibasahi dengan hujan.

“ Aku cinta dia!!!” luahku.

“ Siapa? Siapa yang Nad cinta?” aku pantas menoleh kea rah suara itu. Aku cukup kenal dengan suara itu. Qimie sebenarnya tidak sedap hati apabila terkenangkan isterinya itu yang menunggang skuter balik dari kerja. Sudahlah hujan tiba-tiba turun. Pasti isterinya itu basah kuyup terkena hujan. Nasib baik Qimie sempat mengejar isterinya dari belakang.

“ Buat apa awak kat sini? Pergilah layan girlfriend awak tu!” ujarku. Qimie mengukir senyum.  Qimie sudah tahu maksud isterinya itu.

“ Hemmm..ini kes cemburu la ni?” duga Qimie.

“ Siapa yang cemburu? Tak kuasa la saya nak cemburu!”

“ Elehhh..tak nak mengaku lagi. Abang tahu sebenarnya  sayang cemburu kan sebab perempuan yang ada kat dalam bilik abang tadi kan?”

“ Kalau dah tahu, kenapa tanya lagi?” aku sudah tidak menahan rasa cemburu ku. Biarlah kali ni aku yang mengalah. Aku akan luahkan segala-galanya hari ni.

“ Kan betul. Abang dah agak sayang cemburu.”

“ Ya, saya memang cemburu. Siapa yang suka kalau suami sendiri bersama dengan perempuan lain di depan mata lagi! Abang tahu tak, saya dah jatuh cinta pada abang! Saya cinta awak, Qimie Aniqi!” luahku. Aku bingkas bangun untuk menuju ke skuterku. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, pinggangku dirangkul dari belakang.

“ Sayang…sayang jangan tingalkan abang. Abang pun cintakan sayang. Abang cintakan sayang sejak di zaman sekolah lagi. Abang tak tahu. Sejak kali pertama kita bertemu, abang dah mula jatuh cinta pada sayang. Kalau dulu abang selalu buli sayang waktu dalam kelas tu, itu semua abang nak minta perhatian dari sayang.”

“ Habis tu, perempuan tadi tu siapa?”

“ Ehemm…..maaf lah kak sebab menganggu. Sebenarnya, saya ni adik perempuan abang Qimie yang belajar di luar Negara. Sara minta maaf sebab Sara dah buat akak salah faham kata abang. Sara ingat akak dah kenal dengan kami satu keluarga.” Terang Sara tiba-tiba dari dalam kereta. Barulah kini Nad mengetahu cerita yang sebenarnya. Ini memang salahnya jugak sendiri kerana tidak mengambil tahu tentang hal keluarga ssebelah suaminya. Malunya Nad sekarang. Tak tahu mana nak sorok muka.

“ So, sekarang, sayang sudi tak maafkan abang?” Nad mengangguk lalu menghadap ke arah suaminya dan mendakap suaminya. Qimie menggosok kepala isterinya dan mengucup ubun-ubun isterinya itu. Alhamdulillah. , Semuanya sudah selesai. Qimie merasa terharu sekali. Kalau tak disebabkan kehadiran adiknya itu, terpaksalah Qimie merangka langkah yang baru lagi untuk menawan hati isterinya itu.

Nad berasa bahagia sekali berada di dalam dakapan suami tercinta. Nad akui suaminya itu memang seorang yang penyayang dan tidak dilupakan juga seorang yang selamba. Berbeza dengan dirinya yang bersikap ala-ala brutal.Namun layanan yang diberikan suaminya itulah yang membuatkan Nad setiap hari jatuh sayang pada suaminya. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin….

TAMAT.




p/s: Yesss….siap juga akhirnya cerpen saya yang ke sebelas. Dah lama juga tak menulis cerpen ni. Harap semua kaki blog dapat terima. Selamat membaca semua JJJ

                Ramai-ramai naik rakit,
                Boleh komen sikit?



PASTFUTURE
Cik Blogger
Bonjour! Welcome to Kira_Lee Blog!"To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe." - Anatole France

TALKIE TALKING



" Put your cbox "

FOLLOW?




BLOG ARCHIVE;

  • Holiday in KL 2013 (25 Mac-29 Mac)
  • Novel DATING KONTRAK! 7
  • Novel DATING KONTRAK! 6
  • Novel DATING KONTRAK! 5
  • Novel DATING KONTRAK! 4
  • Novel DATING KONTRAK! 3
  • Novel DATING KONTRAK! 2
  • Novel DATING KONTRAK! 1
  • Contest AKU, KS & P2U
  • Cerpen SAYA SUKA CIK CLUMSY

  • CREDIT SECTION



    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by: Izyanyancinnamon
    Owner blog: Your name
    Re-edit: Safira & Mayar
    Others:(♥♥)

    Remember!! dont remove this section!!